Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 1 August 2011

MANA BOLEH PAS RASUAH


Pas Kelantan tidak bebas rasuah, penyelewengan



NASARUDDIN Mohd. Nor (kanan) bertukar dokumen dengan Nor Rasmi Shari sambil disaksikan Sutinah Sultan pada Majlis Serah Tugas Pengarah SPRM Kelantan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 31 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan, kerajaan Pas Kelantan tidak sepenuhnya bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa seperti yang didakwa oleh pentadbiran negeri ini.

SPRM pada masa sama turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu takut untuk melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, rasuah dan penyelewengan mungkin berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut bagaimanapun ia tidak dilaporkan kepada pihaknya.

"Kita tidak boleh kata kerajaan Pas Kelantan bebas rasuah sepenuhnya. Rasuah atau penyelewengan sememangnya ada tetapi tidak dilaporkan kepada kita.

"Semua negeri ada rasuah, sukar untuk dikatakan pentadbiran bebas sepenuhnya rasuah cuma bezanya sedikit atau banyak," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Pengarah SPRM Kelantan di sini, hari ini.

Nasaruddin yang akan bertukar ke Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme, akan digantikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Perak, Nor Rasmi Shaari.

Majlis serah tugas itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sultan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin Pas bahawa pentadbiran negeri ini bebas daripada rasuah.

Nasaruddin berkata, sebagai contoh, SPRM telah menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa membabitkan menantu Nik Abdul Aziz, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Siasatan kes Abdul Ariffahmi telah pun selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

"Bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga menyebabkan kerajaan negeri dilaporkan kerugian RM50 juta, pihak kita telah melakukan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi.

"Kita dapati tiada unsur rasuah dalam kes Bazar Tok Guru dan sekarang kita sedang memantau projek Ladang Rakyat disebabkan ia sering diperkatakan oleh media," katanya.

Sementara itu, tegas beliau, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 174 maklumat diterima berhubung kes rasuah di negeri ini dengan 17 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 10 tangkapan telah dibuat dengan lapan kes telah dibuat pendakwaan di mahkamah," jelasnya.

KOMEN : MANA BOLEH? TERSALAH CAKAP TU... BIAR BETUL? MANA BOLEH PAS AMAL RASUAH? SALAH FAKTA TU, INI MESTI KERJA UMNO... JAWAPAN STANDARD WALAUPUN YANG DISIASAT AHLI PAS... BANYAK JUGA TU 174 REPOT DALAM TEMPOH 6 BULAN.. TAKAN UMNO JUGA YANG SALAH...

No comments: