Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 22 August 2011

Brazil juara Piala Dunia Bawah 20








Pemain-pemain Brazil menjulang Piala Dunia Bawah 20 selepas menewaskan Portugal pada perlawanan akhir di Bogota, semalam. Brazil menang 3-2. - REUTERS

BOGOTA - Satu hatrik daripada Oscar menjulang Brazil dengan kejayaan masa tambahan 3-2 ke atas Portugal kelmarin dalam perlawanan akhir Piala Dunia Bawah 20.

Selepas membuka jaringan pada minit kelima, Oscar menjaringkan penyamaan babak kedua yang mengheret perlawanan itu ke masa tambahan selepas masa penuh menyaksikan pasukan itu terikat 2-2.

Oscar meraih gol kemenangan pada minit ke-11, mengapungkan bola dari sebelah kanan yang melangkaui penjaga gol Portugal, Mika dan memberikan Brazil gelaran kelima Piala Dunia Bawah 20 selepas cuma bergelar naib juara dua tahun lalu.

Walaupun Brazil bermula sebagai pasukan pilihan ke atas pasukan Portugal yang memburu mahkota ketiga bawah 20, perlawanan itu sentiasa berlangsung sengit.

Oscar memecahkan kebuntuan pada minit kelima dengan satu sepakan bebas ke sudut gol yang memukau Mika.

Ia merupakan gol pertama yang dilepaskan Portugal dalam kejohanan ini.

Nelson Oliveira merancang gol penyamaan Portugal dengan satu lintangan buat Alex merembat masuk pada minit kesembilan.

Oliveira meletakkan Portugal di depan pada minit ke-59, meloloskan diri di sebelah kanan dan berlari melepasi seorang pertahanan untuk menewaskan penjaga gol Brazil, Gabriel dengan rembatan tajam ke penjuru gol.

Jaringan penyamaan Brazil muncul pada minit ke-78 apabila Mika mengadang satu rembatan Dudu sebelum Oscar muncul untuk menolak masuk.

Keputusan itu menebus keputusan perlawanan akhir 1991 di mana Portugal menewaskan Brazil menerusi penalti.

Terdahulu kelmarin, Mexico menewaskan Perancis 3-1 dalam penentuan tempat ketiga.

Ulises Davila, Jorge Enriquez dan Edson Rivera menjaringkan gol buat Mexico selepas Alexandre Lacazette meletakkan Perancis di depan pada minit kelapan. - AFP

No comments: