Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 18 August 2011

BUANG DAERAH - TITAH SULTAN JOHOR


Masjid bukan untuk kepentingan peribadi, arena politik




Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersalaman dengan para jemaah pada majlis Khatam al-Quran Peringkat Negeri Johor di Masjid Pasir Pelangi, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 17 Ogos - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan semua pihak bertanggungjawab termasuk pegawai masjid, imam dan bilal tidak menggunakan masjid untuk kepentingan peribadi atau dijadikan arena politik.

Baginda bertitah, terdapat imam masjid yang tidak mematuhi peraturan dengan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) baru-baru ini.

Titah baginda, perbuatan itu telah melanggar peraturan ditetapkan dan ia merupakan satu perbuatan tidak berdisiplin sekali gus mencadangkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

''Jika perlu hendaklah dibuang daerah biarpun ia kesalahan kecil kerana yang kecil ini jika tidak dibendung akan menjadi besar dan mampu menggugat kesejahteraan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

''Saya tidak suka perkara seperti ini berlaku di Johor, saya tidak mahu masjid saya dicemari dengan arena politik kerana ia adalah salah," titah baginda pada majlis perasmian Majlis Khatam Al-quran Peringkat Negeri Johor di Masjid Pasir Pelangi di sini semalam.

Turut sama mengiringi Sultan Johor ialah isteri baginda, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan isterinya, Prof. Datin Dr. Jamilah Arifin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Ali Hassan; Setiausaha Kerajaan negeri, Obet Tawil dan barisan Exco negeri Johor.

Baginda turut mengingatkan MAIJ supaya bertindak tegas dan berani dalam menguatkuasakan undang-undang Islam selain meminta pegawai masjid, imam dan bilal sentiasa menjaga diri dan bertanggungjawab terhadap kerja yang diamanahkan.

Pada masa sama, baginda mahu semua umat Islam mematuhi ajaran agama dan hendaklah sentiasa bermuafakat, bersatu padu, hormat menghormati, bertolak ansur dan tidak mengutamakan peribadi bagi mengelak daripada berlaku perpecahan.

KOMEN : SOKONG 100% TITAH DAN SARANAN TUANKU SULTAN JOHOR... YANG KECIL JIKA TIDAK DIBENDUNG AKAN JADI BESAR... KATA-KATA TERSIRAT DARI SULTAN JOHOR...

No comments: