Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 15 August 2011

DUNIA FANTASI NAFSU SONGSANG


Sanggup belakangkan agama, perasaan malu


KUALA LUMPUR 14 Ogos - Mereka yang berkahwin dengan pasangan sejenis ialah golongan yang tidak berfikir panjang kerana sanggup membelakangkan agama dan perasaan malu semata-mata ingin hidup dalam dunia fantasi.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'cruz erkata, amalan homoseksual bukan sahaja gejala yang ditegah oleh mana-mana agama bahkan sesuatu yang tidak sihat kerana boleh memusnahkan kerukunan sesebuah negara.

"Nak panggil paderi pun saya rasa malu sebab mana ada paderi yang boleh buat seperti itu. Dia tidak berpegang kepada amanah sebagai seorang paderi dan ini sesuatu yang tidak baik.

"Memang terkejut sebab tidak pernah dengar ada paderi yang berkahwin dengan pasangan sejenis. Hairan, dia sendiri pun ada anak dan jika dia buat seperti ini apa akan jadi kepada anak dia nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran logo Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor, Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kempen Derma Darah di Pusat Darah Negara di sini hari ini.

Beliau membidas cadangan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng yang berhasrat melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangannya, warga Afrika-Amerika di negara ini hujung bulan ini.

Menurut beliau, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana dikhuatiri mempengaruhi fikiran rakyat terutama anak muda apatah lagi ia bercanggah dengan pegangan agama dan budaya masyarakat tempatan.

"Saya sendiri tidak bersetuju jika ada mana-mana pihak cuba menuduh Malaysia tidak menghormati hak asasi sesama manusia. Saya seorang Kristian dan saya juga berasa marah.

"Tidak kira siapa pun yang melemparkan tuduhan walaupun yang bercakap itu seorang paderi. Mereka boleh dianggap bukan paderi jika menyokong perbuatan tersebut. Orang sebegini patut disumbatkan ke penjara," katanya.

Tambah beliau, sebagai penganut Kristian, sebarang keputusan yang dilakukan oleh Wen Feng perlu mengikut apa yang terkandung dalam kitab Injil.

Gay: Kerajaan perlu bertindak cepat

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kerajaan perlu bertindak lebih cepat, tegas dan agresif dalam menangani isu gay dan perkahwinan sejenis sebelum ia terus menular di negara ini.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir berkata, pada masa sama penggubal undang-undang tidak seharusnya takut terhadap tekanan pihak-pihak tertentu dalam memastikan budaya yang bercanggah dengan etika, moral dan nilai agama ini tidak bercambah.

“Apa yang sedang berlaku ketika ini amat memalukan. Bagaimanapun, tanpa kita sedari sebenarnya kita sendiri menjadi punca hingga menyebabkan golongan homoseksual semakin membiak dan berani.

“Pelik, mengapakah golongan ini terus wujud dan semakin berkembang walaupun mereka tahu perbuatan itu dikutuk oleh agama dan bercanggah dengan undang-undang?’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KOMEN : MASALAHNYA SELAGI ADA PERMINTAAN AKAN TERUS ADA PENINGKATAN PENAWARAN... KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG NEGARA KITA MENYUMBANG KEPADA PENULARAN GOLONGAN INI DAN MEREKA SEMAKIN BERANI MENCABAR UNDANG-UNDANG KERANA ADA GALAKAN DAN SOKONGAN DARI PIHAK LUAR...

No comments: