YUSJIB
Gothic Villas, Church Road, Croydon
United Kingdom
Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Lebih baik di negeri sendiri.
UMUM sedar akan rusuhan yang berlaku di sekitar London dan bandar-bandar lain di England baru-baru ini. Saya juga terlibat namun apa yang terjadi kepada saya tiada bandingannya ke atas apa yang terjadi kepada pelajar kita yang cedera dan disamun di London baru-baru ini.
Saya tinggal di Croydon, Selatan London. Rumah saya berhadapan dengan kedai perabot House of Reevse (25 meter) yang musnah terbakar akibat rusuhan pada malam Isnin yang lalu.
Kira-kira jam 8.40 malam, semasa saya sibuk di dapur bersiap sedia untuk berbuka puasa, saya terdengar bunyi bising di hadapan rumah.
Saya jenguk di tingkap dan terdapat lebih kurang 60-70 orang di luar dan lapan orang berada di dalam halaman taman rumah saya bersenjatakan kayu dan besi.
Saya agak terkejut apabila melihat beberapa orang remaja Britain yang kononnya berdemonstrasi terhadap kerajaan Britain ini memecah masuk kedai perabot House of Reeves dan menyalakan api.
Saya menelefon 999 meminta bantuan polis dan jawapan yang diberi - 'kami sibuk tidak dapat datang dengan segera, untuk keselamatan kunci pintu dan tingkap dan jangan keluar rumah'.
Saya amat terkejut dengan jawapan yang diberikan. Kemudian saya naik ke tingkat atas rumah dan melihat dari tingkat depan bilik tidur rumah kedai perabut House of Reeves yang dibina dan beroperasi sejak tahun 1867 (5 generasi anak-beranak) musnah terbakar.
Remaja-remaja yang kononnya berdemonstrasi ini bersorak riang gembira meraikannya! Setengah jam kemudian polis dan bomba tiba tetapi sudah terlambat. Remaja-remaja yang berdemonstrasi ini telah beralih ke kawasan lain di Croydon untuk melakukan lebih banyak lagi kerosakan dan kemusnahan. Terdahulu mereka telah melakukan perkara yang sama di utara Croydon.
Api yang membakar telah merebak dan polis telah mengarahkan saya untuk mengosongkan rumah dengan segera. Pada waktu ini telah masuknya waktu berbuka puasa tetapi saya masih belum lagi berbuka. Saya kemudiannya mengambil pasport dan dua ekor kucing saya dan terus menuju ke rumah rakan kerja.
Rakan kerja saya bernama Lucas dengan baik dan rela hati menerima saya dan dua ekor kucing saya untuk berteduh di rumahnya dan memberikan saya air dan roti untuk berbuka. Untuk makluman Lucas bukan warganegara Britain.
Lucas adalah rakyat Poland yang seperti saya mencari rezeki di Britain. Saya hanya dibenarkan untuk pulang semula ke rumah jam 12 tengah malam selepas api berjaya dipadamkan.
Saya amat terkejut dengan melihat perkembangan demonstrasi di sekitar Croydon dann London yang bertukar menjadi rusuhan.
Mereka yang kononnya berdemonstrasi atas nama demokrasi, hak asasi dan kebebasan bersuara ini bagi saya adalah penyamun dan penjenayah kerana mereka melakukan kerosakan dengan memecah masuk kedai-kedai, membakar harta benda dan mencederakan orang awam.
Sudah 6 tahun saya menetap di Britain dan insiden yang berlaku pada malam Isnin yang lalu adalah yang paling hitam dan tidak akan saya lupakan.
Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah betapa bertuahnya kita rakyat Malaysia kerana negara kita aman damai dan kita dapat hidup bersama tanpa mengira agama dan bangsa.
Jika kita menelefon polis di 999, kita akan mendapat bantuan dengan segera di Malaysia-bukannya kami sibuk, sila kunci pintu dan tingkap. Jika kita memerlukan bantuan, jiran kita akan sedia membantu. Usahlah kita sibuk ingin mengikut demonstrasi dan kebebasan bersuara seperti di Barat ataupun di Britain ini.
Peliharalah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada di Malaysia. Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita bersama-sama bersyukur dengan apa yang kita ada di Malaysia dan bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, bersama-samalah kita pelihara warisan kita yang mana datuk nenek moyang kita berjuang sampai terkoban untuk mendapat kemerdekaan pada 1957.
Bak kata pepatah - hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

KOMEN : JANGAN SAMAKAN RUSUHAN DI LONDON DENGAN RUSUHAN BERSHIT DI KUALA LUMPUR, JAWAPAN STANDARD PUAK PEMBANGKANG... HEHEHEE.. NASIB BAIK KAT MALAYSIA KERAJAAN BERTINDAK MENCEGAH LEBIH AWAL...KALAU TAK JADILAH MACAM DI LONDON... SEBENARNYA PERUSUH YANG MEROSAKAN HARTA BENDA DAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM ADALAH PEROMPAK DAN PENJENAYAH YANG BERTOPENG DISEBALIK KEBEBASAN BERSUARA... KONONNYA...
No comments:
Post a Comment