Welbeck julang skuad muda United
Anderson diraikan rakan sepasukan, Wayne Rooney dan Ashley Young (kiri) selepas menjaringkan gol menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, semalam. United menang 3-0. - REUTERS
MANCHESTER - Penyerang, Danny Welbeck menjaringkan satu gol dan mencipta gerakan untuk satu lagi jaringan ketika membantu skuad muda Manchester United membenam Tottenham Hotspur 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menghiburkan di Old Trafford, semalam.
Sebarang keraguan mengenai keputusan Alex Ferguson membariskan purata pemain berusia 23 tahun lenyap sendirinya selepas penyerang berusia 20 tahun, Welbeck menanduk bola hantaran pemain tengah berusia 22 tahun, Tom Cleverley.
Welbeck kemudian mencipta gerakan untuk gol kedua dengan melakukan hantaran ke belakang kepada Anderson yang menyumbat gol kedua pada minit ke-76, sebelum Wayne Rooney menambah gol ketiga menerusi tandukan untuk memastikan penyandang juara itu mengekalkan rekod hebat di tempat sendiri.
"Kami mengganas di separuh masa kedua. Saya beritahu anda, kami masih percaya dengan pemain-pemain muda... anda akan lihat lebih banyak kemampuan yang mereka ada.
"Persembahan babak kedua sangat menakjubkan, saya fikir separuh masa pertama sudah cukup pantas tetapi nyata kelajuan ditunjukkan sehingga tamat permainan,'' ujar Ferguson kepada Sky Sports.
United hanya melepaskan dua mata di Old Trafford dalam laluan menjulang kejuaraan liga ke-19 musim lalu, dan mengekalkan rekod kemenangan selepas dua perlawanan setakat ini - mengalahkan West Bromwich Albion 2-1, minggu lalu.
Manchester City masih meneraju liga dengan jumlah mata yang sama tetapi dibezakan oleh jaringan.
Semalam, Ferguson terus memberi kepercayaan kepada pemain muda yang sebahagian besar diturunkan dalam perlawanan Perisai Komuniti.
Mereka tidak menghampakan dengan menunjukkan tempo permainan pantas, bermula dengan percubaan Cleverley yang menguji penjaga gol Spurs, Brad Friedel menerusi rembatan deras pada minit kelapan.
Tandukan pemain sayap, Ashley Young pula tersasar sedikit selepas menerima hantaran cantik Rooney, dan serangan-serangan United menguji pertahanan Spurs dalam hampir sebahagian besar permainan meskipun tuan rumah hanya memperoleh gol pada babak kedua.
Tottenham turut mempunyai peluang tetapi kurang menyengat selepas Luka Modric diketepikan oleh pengurus, Harry Redknapp yang menegaskan, pemain Croatia itu 'belum bersedia' untuk diturunkan, ekoran spekulasi perpindahan yang masih menyelubunginya.
United memecah kebuntuan pada minit ke-61 apabila tonggak pertahanan, Chris Smalling, seorang lagi pemain generasi baru pada usia 21 tahun, menghantar bola kepada Cleverley yang kemudian membuat hantaran silang untuk disempurnakan oleh Welbeck ke penjuru kiri bawah pintu gol lawan.
Welbeck yang kembali ke United selepas dipinjamkan ke Sunderland, musim lalu mencipta gerakan gol kedua dengan hantaran belakang yang mengelirukan kepada Anderson, yang melepaskan rembatan ke jaring.
Gol ketiga adalah sumbangan pemain veteran, Ryan Giggs yang dibawa masuk sebagai gantian, apabila dia melakukan hantaran kaki kanan kepada Rooney yang menanduk bola, tiga minit sebelum tamat permainan.
Penjaga gol muda United, David De Gea juga menarik nafas lega kerana memastikan gawang mereka bersih selepas mempamer aksi goyah dalam dua perlawanan pertama bersama kelab England itu. De Gea menyelamatkan percubaan Rafael van der Vaart dan Tom Huddlestone. - Reuters

No comments:
Post a Comment