Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 24 August 2011

Jangan korbankan akidah – TPM







Muhyiddin Yassin dan Noorainee Abdul Rahman bersama FD Mansor (di kanan Muhyiddin) dan FD Iskandar (kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim sempena majlis berbuka puasa di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 23 Ogos – Umat Islam tidak seharusnya mengorbankan perpaduan sesama mereka semata-mata kerana perbezaan pandangan politik apatah lagi sekiranya ia membabitkan soal akidah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya mahu mereka memperkukuhkan perpaduan bagi menghadapi cabaran lebih besar termasuk menangani usaha-usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan orang Islam.

‘‘Inilah apabila kerajaan negeri tidak bijaksana dalam menguruskan (isu memurtadkan orang Islam) hingga ada yang merasa tidak terbela sebagaimana sepatutnya.

‘‘Pokoknya kita mahu melihat umat Islam memperkukuhkan perpaduan yang jitu dan jangan merasa lemah kerana mereka ada cabaran yang besar dan dalam hal ini kerajaan (Pusat) yakin mempunyai dasar-dasar yang jelas hendak meneruskan kesinambungan pembangunan umat yang telah dilaksanakan selama lima dekad,” katanya.

Beliau berucap pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah Aman yang dianjurkan oleh pemaju hartanah terkemuka, Glomac Bhd. di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini malam ini.

Hadir sama, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac, Tan Sri FD Mansor; Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk FD Iskandar, wakil-wakil kedutaan asing dan beberapa tokoh korporat.

Menurut Muhyiddin, rakyat harus bersyukur dengan nikmat Allah yang mengurniakan negara ini aman dan tenteram sehinggakan kerja-kerja memajukan negara dapat ditumpukan tanpa pergolakan berbanding negara-negara Islam yang lain.

Katanya, kemakmuran negara ini telah membolehkan Malaysia mencapai sasaran menghapuskan kemiskinan tegar pada 2010 berbanding sasaran dalam deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015.

‘‘Semasa saya menghadiri persidangan UNESCO, ramai wakil dari negara membangun seperti Afrika dan Asia menyatakan sasaran itu sukar dicapai kerana ia terlalu tinggi memandangkan sekarang terdapat satu bilion orang miskin di seluruh dunia seperti Somalia yang menghadapi kebuluran.

‘‘Sebaliknya, kita di sini bilangan orang miskin boleh dibilang dan mempunyai rekodnya di setiap peringkat daerah,” katanya.

Tambah beliau, Ramadan di negara ini bukan sahaja dipenuhi dengan acara berbuka puasa malah turut diadakan majlis menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

‘‘Ia satu manifestasi keupayaan umat Islam di Malaysia, bukan saja dapat menunaikan fardu ain malah melangsungkan fardu kifayah. Kita berasa bertanggungjawab untuk membimbing anggota masyarakat yang memerlukan bantuan supaya mereka dapat hidup seperti kita,” katanya.

KOMEN : ORANG SESAT AJE YANG SANGGUP KORBANKAN AKIDAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI...

No comments: