Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday 20 August 2011

BILA LAGI PEMIMPIN MELAYU NAK BERSATU


Jangan jadi 'enau dalam belukar'




SHAH ALAM 19 Ogos - Para pemimpin politik Melayu di negara ini tidak kira sama ada dari kerajaan atau pembangkang diingatkan supaya sentiasa bersatu demi kelangsungan ekonomi dan tahap sosial bangsa itu.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana persaingan tidak sihat para pemimpin Melayu demi kepentingan politik masing-masing hanya akan merugikan bangsa tersebut secara keseluruhan.

"Saya takutkan kerakusan segelintir pemimpin masyarakat yang tidak amanah menjalankan tugas dan mereka menjadi penyumbang besar kepada kegawatan dan perpecahan bangsa.

"Bangsa kita dilihat telah terbahagi-bahagi, retak menunggu belah dan peluang ini sebenarnya telah diambil oleh segelintir masyarakat lain untuk menundukkan kerajaan bangsa kita yang memerintah.

"Masing-masing rakus untuk berkuasa dan menunjukkan kuasa dan kerana itulah ada di antara kita lebih bersifat individualistik umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja sempena Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan UiTM di sini hari ini.

Sahol menjelaskan, masyarakat Melayu mungkin akan hilang segala-galanya pada masa depan termasuk negara sendiri jika terus berbalah sesama sendiri demi kepentingan politik kepartian yang tidak begitu signifikan.

Sebagai contoh, katanya, kegagalan Melayu untuk bersatu serta merancang telah mengakibatkan Singapura keluar dari Malaysia dan keadaan sama kini disaksikan di Pulau Pinang.

Katanya, keadaan di kedua-dua tempat itu menunjukkan Melayu kini semakin kehilangan kuasa politik dan identiti mereka kian terhakis.

"Tidak berapa lama dahulu, 90 peratus daripada penduduk Pulau Pinang adalah terdiri daripada orang Melayu, (namun kini) yang tinggal di Pulau Pinang, yang pulau itu sahaja, tidak termasuk di Seberang Perai, adalah 750,000 orang.

"Daripada 750,000 orang tersebut, hanya 249,000 sahaja orang Melayu. Kenapa begini?" soalnya.

KOMEN : ORANG MELAYU NI TERLALU IKUT EMOSI DAN TIDAK MAHU BERFIKIR SECARA RASIONAL.. BERPOLITIK DAH MACAM KETAGIH DADAH... BERPUAK-PUAK DAN BERPECAHBELAH BAGI MENDAPATKAN KUASA SEBAGAI PEMERINTAH... BILA DAH BERKUASA AKHIRNYA ORANG MELAYU JUGA YANG DIHANCURKAN... BILA GAGAL BERKUASA ORANG MELAYU JUGA YANG GILA MERUSUH...

No comments: