Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 9 August 2011

Hantar memorandum kepada Sultan


Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my




SHAH ALAM 8 Ogos – Gabungan 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini memohon campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendesak Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak bertindak di luar bidang kuasa dengan mencampuri hal ehwal agama Islam.

Ini kerana, perkara berkaitan agama Islam dan pentadbirannya adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan pihak berkuasa utama selepas baginda, selaras dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Perkara itu merupakan antara isu kandungan memorandum setebal lima muka surat yang dikemukakan oleh NGO tersebut kepada Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani pada pukul 11 pagi ini.

Wakil NGO tersebut, Dr. Dzulkhaini Husain memberitahu, mereka turut menyatakan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu dalam usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam di negeri ini.

‘‘Tindakan JAIS dalam isu itu adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan dilakukan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri, Enakmen Jenayah Syariah negeri dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988

‘‘Kita turut menyatakan yang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu memohon maaf kepada agama lain berkaitan isu tersebut yang masih dalam siasatan dan berkompromi dengan perlanggaran status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Antara NGO Islam yang menandatangani memorandum tersebut ialah Kebajikan Wanita Selangor, Pertubuhan Wanita Islam Antarabangsa, Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia, Yayasan Amal Malaysia, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya.

Turut terlibat ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Badan Amal Kami Prihatin, Ikatan Muslimin Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Unit Hidayah Maafa dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Menurut Dzulkhaini, Abdul Khalid juga tidak sepatutnya membelakangkan peranan MAIS dan JAIS dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kesucian agama Islam semata-mata kerana kepentingan politik.

‘‘Beliau juga tidak wajar menanamkan bibit-bibit kesangsian antara kaum dengan memberi ruang kepada pihak lain memberikan kenyataan yang mengelirukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, pihaknya turut meminta campur tangan baginda untuk menasihatkan penganut agama lain agar mengelak usaha memurtadkan orang Islam.

‘‘Jawatankuasa pengurusan masjid dan surau juga diminta memantau dan menasihati masyarakat Islam setempat agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh agama lain,” katanya

KOMEN : MEMANG BERCELARU OTAK MB SELANGOR NI...BANYAK BETUL MASALAH DISELANGOR... INI MESTI SALAH UMNO/BN...

No comments: