Pembela sokong tindakan JAIS
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pertubuhan-pertubuhan Islam (Pembela) menyatakan sokongannya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, baru-baru ini.
Pengerusinya, Dr. Yusri Mohamad berkata, pemeriksaan tersebut adalah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan itu diambil demi menjernihkan keresahan masyarakat Islam yang merupakan majoriti di negara ini.
"Pembela membantah kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap JAIS yang kononnya telah berlaku "storm", "raid" dan "barge" sedangkan pada hakikatnya JAIS telah berunding dengan penganjur selama sejam sebelum melaksanakan pemeriksaan.
"Tujuannya pula adalah untuk memastikan adakah terdapat orang Islam pada majlis itu dan tidak berlaku sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan penghinaan terhadap agama Islam," katanya dalam entry terbaru blog pertubuhan itu AIDC Reformasi Pemikiran Rakyat di http://www.anwaraidc.com
Menurut Yusri, Pembela ingin mengingatkan bahawa kedudukan agama Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah dikawal serta berada di bawah naungan Yang Di Pertuan Agong serta Raja-raja Melayu dan perlu sentiasa dihormati.
"Justeru, kami membantah campur tangan politik dalam hal ehwal agama Islam oleh para pemimpin politik yang bermotifkan percaturan serta perkiraan kuasa semata-mata.
"Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya bersifat "apologetic" dan amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat ketika siasatan sepenuhnya masih berjalan.
"Begitu juga dengan kenyataan beberapa pemimpin politik yang bukan beragama Islam yang menghiris hati dan perasaan serta menggambarkan seolah-olah agama Islam tidak ada tempat di negara ini," katanya
Sehubungan itu, katanya, mereka menuntut pihak berkuasa untuk menyekat tindakan-tindakan provokasi agama secara terancang untuk menghakis kedaulatan Islam sebagai agama negara.
"Ini termasuklah peranan mana-mana media yang menggunakan istilah-istilah yang tidak tepat berkenaan gambaran kejadian itu serta komen-komen yang tidak membantu mencari keadilan dan menjernihkan suasana harmoni yang sedia wujud di kalangan seluruh masyarakat Malaysia," katanya.

Lebih 7,000 orang beri sokongan kepada JAIS, Hasan Ali di Facebook
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Meskipun parti yang dianggotainya tidak berani menyatakan sokongan terhadap pendirian tegasnya mempertahan akidah umat Islam yang cuba dimurtadkan, Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali tiada sebab untuk berduka.
Ini kerana Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor itu mendapat sokongan terbuka daripada ribuan umat Islam menerusi laman sosial Facebook atas keberaniannya mempertahankan Islam.
Kesemua 7,034 individu itu menyatakan sokongan melalui sebuah laman peminat iaitu 1,000,000 umat Islam sokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) & Hasan Ali cegah murtad, yang mula diwujudkan Sabtu lalu.
Ia diwujudkan oleh pihak yang menggelar diri mereka sebagai 'tentera Allah' bagi mengumpul sejuta umat Islam, tanpa mengira latar belakang serta ideologi politik bagi menyokong Hasan dan JAIS yang kini menjadi mangsa kecaman.
Menurut 'tentera Allah', usaha tersebut perlu dibuat kerana terdapat asas berhubung dakwaan berlakunya usaha memurtadkan orang Islam oleh Gereja Methodist Damansara Utama kerana ia disahkan sendiri oleh mangsa.
"Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu. Dia yang dibelenggu masalah kewangan mengakui menerima bantuan dari gereja sebelum dipujuk menyertai kegiatan keagamaan Kristian," katanya.
Utusan Malaysia yang melayari laman tersebut hari ini mendapati orang Melayu diminta bersatu dan mengetepikan ideologi politik masing-masing demi mempertahan kesucian agama Islam yang kini sedang diancam pihak tertentu.
Salah seorang yang menyeru ke arah penyatuan berkenaan ialah Abu Islam Abdullah Amran yang berkata: "Janganlah kerana kepentingan politik kita sanggup mengetepikan hal agama atau sewenang-wenangnya membenarkan kesucian Islam tercemar."

KOMEN : SAMPAI BILA KITA ASYIK NAK MENJAGA HATI PUAK KAFIR NI... INILAH NATIJAHNYA BILA AGAMA DI POLITIKAN OLEH PEMIMPIN PAS YANG GILAKAN KUASA... HALAL DAN HARAM ADALAH SAMA DISISI PEMIMPIN PAS YANG MENGAKU DIRI MEREKA ULAMA PEWARIS NABI... BETULKAH...MEREKA PEWARIS NABI?
No comments:
Post a Comment