Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 23 August 2011

Pendakwa tetap soal balas Anwar


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh yang dilihat sebagai cubaan mengelak daripada disoal balas oleh pihak pendakwaan mungkin bakal menjadi sia-sia.

Ini kerana sejurus selepas Ketua Pembangkang itu selesai membacakan keterangannya setebal 32 muka surat, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini pihaknya akan mencari jalan untuk menyoal balas Anwar.

''Buat pertama kali mendengar keterangan dari kandang tertuduh, saya tidak tahu sama ada keterangan tersebut satu ceramah politik atau komentari. Saya perlu membuat sedikit penyelidikan bagi mencari jalan untuk menyoal balas Datuk Seri Anwar kerana terdapat beberapa perkara yang dinyatakan dan saya amat teringin untuk menyoal balasnya atas isu terbabit,'' katanya.

Terdahulu, pada awal prosiding, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menjelaskan kepada Anwar mengenai tiga pilihan dalam memberikan keterangan.

''Datuk Seri ada tiga pilihan, memberi keterangan dari kandang saksi yang mana pendakwaan boleh menyoal balas. Kedua, memberi keterangan dari kandang tempat Datuk Seri berada sekarang dan pendakwaan tidak boleh soal balas tetapi mahkamah akan ambil kira bahawa pendakwaan tidak boleh soal balas.

''Ketiga, Datuk Seri boleh berdiam diri dan kalau berdiam diri mahkamah terpaksa membuat keputusan. Saya difahamkan Datuk Seri hendak beri keterangan dari kandang tertuduh tersebut,'' ujarnya yang dijawab 'ya' oleh Anwar.

Selepas selesai Anwar membacakan pernyataannya, Hakim Mohamad Zabidin tanpa berlengah meminta agar perbicaraan diteruskan dengan pihak pembelaan memanggil saksi mereka yang seterusnya.

Peguam bela utama, Karpal Singh bagaimanapun memohon pengesahan kehadiran tujuh individu yang telah disapina.

Individu-individu terbabit ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; serta bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof.

Yang lain ialah doktor di Hospital Pusrawi, Dr. Mohamad Osman Abd. Hamid; bekas jururawat di Hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh dan pembantu rumah pemilik kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku, Hasanuddin Abd. Hamid yang dikenali dengan nama Suliati @ Suchiati.

Mohd. Yusof memaklumkan, Osman dan Yazihan serta pembantu rumah warga Indonesia itu sudah berada di bilik saksi manakala Musa dan Rodwan akan datang ke mahkamah sebaik sahaja dipanggil.

Namun Karpal dilihat seolah-olah tidak bersedia memanggil saksi-saksi tersebut menyebabkan Hakim Mohamad Zabidin mencadangkan agar pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dan pakar forensik Dr. David Wells; yang berada di dalam dewan mahkamah dipanggil memberi keterangan.

Bagaimanapun, Mohd. Yusof memohon cadangan tersebut ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pakar DNA pihak pendakwaan hadir bagi mendengar keterangan mereka.

Difahamkan pakar DNA pihak pendakwaan ialah saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong yang juga Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya dekat sini.

KOMEN : ADA FAKTA YANG TERSILAP CAKAP SEBAB MULUT SENDIRI YANG CELUPAR... TEMBERANG AJE YANG LEBIH...

No comments: