Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, golongan muda lebih cenderung menyertai dan menyokong parti lawan kerana mereka tidak mendapat peluang di dalam UMNO berikutan seseorang pemimpin memegang jawatan terlalu lama.
''Kalau kita tengok dalam UMNO, kalau nampak orang itu ada kelulusan tinggi sedikit, jangan bagi dia masuk (UMNO).
''Kalau masuk, nanti dia ambil jawatan ketua cawangan atau ketua bahagian atau jadi calon. Lama-lama, hendak cari calon jadi Menteri Besar Selangor pun tidak ada sebab orang ada kebolehan tidak boleh jadi ahli UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.
Dr. Mahathir turut menasihatkan golongan muda supaya tidak mengharapkan jawatan apabila memasuki UMNO tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
''Asalkan perjuangan itu diteruskan oleh parti cukuplah. Apa yang penting parti menang, bukan individu," katanya.
Sementara itu, menurut Dr. Mahathir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) harus meletakkan jawatan jika tindakan itu memberi faedah kepada parti.
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu untuk membuat keputusan sama ada mahu mengundur diri atau sebaliknya.
''Itu terpulang kepada beliau (Shahrizat). Kalau dia berasa patut undur, dia undur," katanya.
KOMEN : SARANAN Dr. M ADA BETULNYA... SAMPAI BILA GOLONGAN YANG LAMA MEMEGANG JAWATAN DALAM PARTI MAHU KEKAL DENGAN JAWATAN MEREKA TANPA MEMBERI PELUANG KEPADA GENERASI MUDA YANG MEMPUNYAI KEBOLEHAN... SEJAK BERAKHIRNYA PERHIMPUNAN UMNO TEMPUH HARI BERAPA RAMAI OTAI YANG BERSUARA AGAR MEREKA TIDAK DICALONKAN...? ADA KE?... SUSAH JUGA BAGI MEREKA NAK MELEPASKAN KUASA DITANGAN... KATA ORANG BERUNDURLAH SEMENTARA KITA MASIH DISANJUNGI...
No comments:
Post a Comment