Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 13 December 2011

KREDIBILITI ANWAR BAGAIMANA?

Peguam mohon panggil Saiful, Farah Azlina jelas hubungan
DARI UTUSAN MALAYSIA
13/12/2011



KUALA LUMPUR 12 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diminta menangguhkan keputusan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dipanggil sebagai saksi bagi menjelaskan dakwaan wujudnya hubungan antara mereka berdua.

Peguam utama, Karpal Singh yang berhujah di akhir kes pembelaan ke atas Ketua Pembangkang itu menyatakan, kedua-dua mereka perlu dipanggil sebagai saksi mengikut Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah bagi memastikan keputusan yang adil dalam kes tersebut.

Beliau mendakwa, mahkamah seolah-olah melepaskan kewajipannya sekiranya tidak memanggil mereka berdua sebagai saksi apatah lagi Peguam Negara menjelaskan bahawa tiada asas kepada dakwaan hubungan itu pada 11 November lalu, iaitu selepas pihak pembelaan menutup kes pada 18 Oktober lepas.

Karpal berkata, Farah Azlina (kini telah dikeluarkan daripada pasukan pendakwaan) sebelum dakwaan hubungan itu timbul, merupakan anggota pasukan pendakwaan dan terdedah kepada kertas siasatan sekali gus memberi peluang kepada Mohd. Saiful Bukhari untuk mengakses kertas siasatan serta menyesuaikan keterangannya di mahkamah.

Karpal berhujah demikian di akhir kes pembelaan terhadap Anwar, 64, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Karpal seterusnya menyatakan, keterangan Mohd. Saiful Bukhari yang mendakwa Anwar meliwatnya dengan rakus dan laju telah berjaya dipatahkan oleh keterangan saksi pembelaan iaitu pakar bedah ortopedik, Dr. Thomas Hoogland.

Menurutnya, Hoogland dalam keterangannya menyatakan bahawa adalah sangat mustahil Anwar melakukan aksi seksual seperti yang digambarkan oleh pengadu ekoran daripada masalah tulang belakang tertuduh yang boleh menyebabkan kesakitan.

Selain itu, ujar Karpal, Anwar yang pernah dirawat oleh Hoogland selepas dibebaskan dari penjara pada 2004, menghidap stenosis dan artritis, selain faktor usia menyebabkan tidak mungkin tertuduh boleh melakukan aksi seksual sebegitu.

Peguam tersebut turut mempersoalkan kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari dengan menyatakan, keterangan mangsa sebagai saksi utama pendakwaan berjaya dipatahkan oleh saksi-saksi pembelaan selain tindakan mangsa sendiri sebelum dan selepas kejadian tersebut.

''Kredibiliti saksi pendakwa pertama (Mohd. Saiful Bukhari) wajar dinilai semula oleh mahkamah memandangkan ia menjadi tumpuan utama dalam kes ini. Mahkamah perlu mempertimbangkan di akhir kes pembelaan sama ada kes terhadap tertuduh berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah.

''Adalah dihujahkan bahawa pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan,'' ujar Karpal.

Terdahulu, di awal hujahannya, Karpal menggesa mahkamah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa telah mengeluarkan kata-kata yang menjurus kepada tindakan menghina mahkamah.

Ia berikutan, dakwanya, kritikan Perdana Menteri di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini terhadap tindakan Anwar yang memberi keterangan bela diri di kandang pesalah tanpa mengangkat sumpah, merupakan campur tangan dalam perbicaraan yang masih belum selesai.

Sementara itu, seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair dalam hujahannya telah menimbulkan kembali isu konspirasi yang didakwa bertujuan menghapuskan segala peluang anak guamnya itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Peguam itu turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengetepikan sapina yang dikeluarkan ke atas mereka.

Ujarnya, kedua-dua mereka perlu menggunakan peluang sebagai saksi untuk menjelaskan keadaan sebenar mengenai kedatangan Mohd. Saiful Bukhari ke rumah kediaman pasangan itu.

Sebelum prosiding berakhir, peguam Ramkarpal Singh pula menyatakan tindakan ahli-ahli kimia tempatan, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak melaporkan mengenai kehadiran profil asid deoksiribonukleik (DNA) pihak ketiga menjadikan keterangan mereka lebih berbentuk pandangan dan bukan fakta.

Pada prosiding sebelum ini, barisan pembelaan menegaskan mengenai kewujudan profil pihak ketiga selain Lelaki Y berikutan penemuan allele 18 dalam bacaan analisis pakar-pakar terbabit.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden akan mengemukakan hujahan balas di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah petang esok.

KOMEN : PUSING SEGALA FAKTA DAN MOHON TANGGUH KES... KONSPIRASI ANWAR TERHADAP RAKYAT...

No comments: