Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 27 December 2011

PEMIMPIN PAS KATA HARAM

Terima kasih Kerajaan Pusat
NIK Aznira Idris (kiri) melihat dua anaknya mencuba pakaian sekolah sambil dibantu jurujual kedai pakaian, Mohd. Firduas Abdul Azizi di Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU 26 Dis - Rakyat Kelantan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana membantu meringankan beban untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka melalui bantuan RM100 kepada setiap pelajar dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beberapa ibu bapa yang ditemui Utusan Malaysia ketika membeli barangan kelengkapan persekolahan di beberapa pasar raya di sini hari ini menyambuat baik pemberian tersebut dan menyifatkan ia adalah langkah tepat untuk membantu rakyat.

Seorang suri rumah, Nik Aznira Idris, 40, berkata, pemberian bantuan persekolahan sebanyak RM100 amat bermakna buat keluarganya dan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan bagi memulakan sesi persekolahan awal Januari ini.

"Bagi saya bantuan ini tepat pada masanya, ditambah pula dengan sesi persekolahan yang akan bermula awal bulan depan.

"Setiap kali sesi persekolahan dibuka, banyak duit yang hendak digunakan terutama membeli pakaian, itu tidak termasuk lagi kelengkapan persekolahan lain seperti alat tulis," katanya.

Dalam pada itu, Siti Rokiah Ya'akub, 58, menyifatkan pemberian kedua-dua bantuan berkenaan adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.

"Bantuan ini amat berharga buat kami yang berpendapatan rendah. Dengan wang tersebut dapatlah saya gunakan untuk membeli pakaian dan kasut buat anak-anak yang akan memulakan persekolahan awal Januari nanti.

"Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan, pemberian bantuan ini amat besar dan bermakna dengan bagi golongan kurang berkemampuan seperti kami," ujarnya.

Ismail Mohamad, 42, berkata, biarpun RM500 daripada BR1M masih belum diagihkan, tetapi ia dapat menggantikan semula wang yang digunakan untuk perbelanjaan sekolah pada masa sekarang.

"Saya hanya bekerja sebagai buruh binaan yang mempunyai empat anak yang bersekolah. Wang RM100 dan RM500 ini dapat menampung perbelanjaan untuk mereka masuk ke sekolah nanti.

"Sekiranya tidak ada wang ini, saya terpaksa bekerja keras dan mungkin terpaksa berhutang dengan keluarga," katanya.

KOMEN : KALAU IKUT FATWA PAS, HARAM TERIMA PEMBERIAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL... PAS LEBIH SUKA ORANG MELAYU HIDUP DALAM KEDAIFAN DAN MELARAT... KATA MEREKA SUPAYA ORANG MELAYU TIDAK LALAI... KALAU DAH HIDUP MELARAT NANTI KERJA-KERJA SYAITAN JUGA YANG ORANG MELAYU BUAT... TAK APA NIK AZIZ KATA BOLEH BERKAWAN DANGAN SYAITAN... SEMUANYA SALAH UMNO/BN...???????

No comments: