Oleh Zaini Hassan
DARI UTUSAN MALAYSIA
7/12/2011
MENGIKUT kalendar, minggu depan ialah Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Saya difahamkan satu peristiwa yang cukup signifikan akan berlaku.
Datuk Dr. Hasan Ali akan menjadi satu-satunya, saya ulang satu-satunya, Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor yang akan dianugerahkan pingat kebesaran negeri Selangor oleh baginda Al-Sultan. Difahamkan beliau akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor.
Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan. Mengapa hanya Dr. Hasan seorang sahaja yang menerimanya? Ramai lagi Exco dari PKR dan tentunya dari DAP yang menguasai sistem kerajaan itu juga patut menerimanya.
Mengapa tidak YB Cik Teresa Kok, YB Encik Ronnie Liu dan lain-lain? Mengapa pula Dr. Hasan, yang sudah pun menerima banyak gelaran?
Beliau pun bukanlah Exco dan ahli politik yang disukai di kalangan rakan-rakannya dalam barisan jemaah majlis mesyuarat itu. Dr. Hasan dikenali sebagai orang dalam Exco yang begitu kontroversi dan kaki kacau. Beliaulah yang membuat bising mengenai usaha sebuah gereja di Damansara yang cuba memurtadkan orang Islam tidak lama dulu.
Beliaulah yang membela Pengarah JAIS, Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Tentangan itu datangnya daripada Menteri Besar sendiri, para pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim.
Malah, banyak kenyataan Dr. Hasan yang bercanggah dengan aspirasi kepemimpinan Kerajaan Selangor pimpinan DAP itu.
Namun itulah Dr. Hasan. Semasa saya bertemu dengan beliau di kediamannya semasa isu gereja itu tengah panas tidak lama dulu, beliau menegaskan yang dia sanggup dipecat daripada kerajaan pimpinan DAP jika tindakannya untuk menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian itu dipertikaikan.
Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.
Perlu diingat dalam sistem berperlembagaan di tanah air yang cukup bertuah ini, “Melayu itu ialah Islam dan Islam itu ialah Melayu”. Hanya Pas ala Nik Aziz sahaja yang tidak mengiktiraf sistem itu. Pas Nik Aziz enggan menerimanya kerana beranggapan itulah yang dipegang oleh UMNO selama ini. Pas Nik Aziz berfikiran, jika mereka menerimanya, bermakna mereka akan menerima UMNO. Dendam Nik Aziz terhadap UMNO terlalu berkesumat sekali.
Perlu diingat lagi, melalui sistem yang dipegang itulah, Malaysia bukan seperti bumi Melayu Nusantara yang lain, yang memperlihatkan kepercayaan akidah orang Melayu di sana sudah terbiar dirobek oleh pendakwah-pendakwah agama lain.
Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Dr. Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?
Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Dr. Hasan?
Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun Sembah Patik Harap Diampun, bukan hasrat patik mahu menarik Tuanku ke dalam kancah politik, tapi sebagai pemerhati dan penganalisis politik, perkara ini tidak boleh lari daripada diperbincangkan.
Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Beliau dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan. Terlalu banyak rahsia kerajaan Selangor pimpinan DAP yang diketahui oleh Dr. Hasan. Mungkin juga banyak rahsia itu tidak menyenangkan kedudukan orang Melayu dan kesucian umat Islam.
DAP sebenarnya gerun dengan Dr. Hasan. Malah PKR pun pening kepala dengan beliau.
Dr. Hasan, lulusan perancang bandar dari Amerika Syarikat itu bukan calang-calang orang. Seorang sumber memberitahu saya, Tuanku cukup mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Dr. Hasan. Beliau dilihat sebagai faktor penyatuan kepada perpaduan Melayu di Selangor.
Memetik kata-kata Sultan Sharafuddin semasa mencemar duli mengunjungi pejabat Utusan Melayu, yang amat dibenci oleh DAP, kelmarin: ‘‘Beta tidak mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini berpecah-belah. Bukan maksud beta orang Melayu itu bersatu untuk berperang dengan bangsa lain.
“Bukan juga bermaksud antara UMNO dan Pas perlu ‘berkahwin’ sebab bukan hak beta untuk mencampuri urusan politik.”
Sesungguhnya amat mendalam dan halus sekali maksud Tuanku Al-Sultan itu.
Di Selangor Faktor Dr. Hasan amat penting sekali. Pengikutnya di dalam Pas (yang sehaluan dengan beliau) amat besar sekali. Pengaruhnya di kalangan penjawat-penjawat awam Melayu di dalam kerajaan Selangor juga amat besar sekali.
Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Dr. Hasan untuk melakukan perubahan. Dr. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor.
Selangor perlu diselamatkan!

KOMEN : KENAPA Dr. HASAN ALI SAJA DAN TIDAK Mr. KHALID (MB SELANGOR)? TAHNIAH Dr. JASA-JASA Dr. DIHARGAI OLEH SULTAN SELANGOR WALAUPUN KEPIMPINAN PAS CUBA MEMBURUKAN Dr. yANG BENAR TETAP BENAR...
2 comments:
SBB DATUK HASSAN PEJUANG AGAMA..YG LAIN2 TU PENJAHANAM AGAMA BROO KEHKEHKEHKEH
saudara, saya berpendapat kalau hassan ali terima jugak datukship tu bagai yang dikata, ianya akan mengundang lagi banyak fitnah dan menambah fitnah-fitnah yang dah ada pada dia.
orang yang memfitnah beliau itu memanglah salah, tapi tindakan hassan ali yang semacam mendedahkan diri serta seakan-akan menjemput fitnah itu datang pada dia pun pada saya salah juga.
jadi, seharusnya hassan ali selok-eloknya sebagai seorang pejuang sejati, kenalah tolak datukship itu. datukship selangor memanglah mahal, setahun seorang dua sahaja yang dapat, kalau ditolak, lagilah menaikkan imej dr.hassan ali, tak gitu?
lagi satu, salah kalu kata melayu itu islam, islam itu melayu. apahal dengan melayu yang tak islam? islam tu universal saudara. jangan nak sempitkan fikiran tu. islam dulu baru melayu. bukan melayu dulu baru islam.
sekadar memberi pandangan.
Post a Comment