DARI UTUSAN MALAYSIA
23/12/2011
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, langkah tersebut membolehkan sumbangan dihulurkan kepada keluarga warga universiti itu yang meninggal dunia.
"Selain itu, amalan yang diterapkan warga universiti tersebut dengan mengadakan kunjungan ke rumah keluarga mangsa memperlihatkan semangat ukhuwah yang tinggi dalam kalangan mereka," katanya.
Beliau ditemui selepas menyertai program kunjungan prihatin bersama warga UiTM Kampus Jengka di rumah keluarga Allahyarham Noratikah Ayu Alias di Taman Bukit Bendera Mentakab di sini, baru-baru ini.
Noratikah Ayu, penuntut semester dua Fakulti Pengurusan Perniagaan maut apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung ketika hujan lebat di Kuala Krau pada 26 November lalu.
Sementara itu, Ketua Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Pahang, Aiza Budin berkata, pihak universiti mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham kerana kehilangan anak bongsu mereka akibat kemalangan itu.
Menurutnya, universiti turut merasai kehilangan Noratikah kerana Allahyarham sangat aktif dalam menaikkan nama universiti.
Bapa Allahyarham, Alias Nong, 59, berkata, dia terharu dengan keprihatinan pentadbiran universiti yang sudi berkunjung ke rumahnya bagi menyampaikan ucapan takziah, sumbangan dan mengadakan majlis tahlil.
No comments:
Post a Comment