lukman@utusan.com.my
9/12/2011
BAHANG Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) makin terasa dan pelbagai analisis mengenainya termasuk percaturan calon mula dikeluarkan.
Penulis Syed Azidi atau lebih dikenali Kickdefella (kickdefella.net) misalnya menilai bahawa DAP yang cuba untuk memerintah negara ini walaupun sedar mereka hanya mampu menguasai maksimum 40 kerusi pada PRU 13, dengan semuanya dari kawasan majoriti bukan Melayu.
Menyedari bahawa mereka tidak akan mampu mengatasi UMNO di kawasan-kawasan majoriti Melayu, maka DAP memerlukan Pas sebagai proksinya.
"Maka PRU 13 akan menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu dijangka akan tertumpu di kerusi-kerusi Parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79 peratus.
"Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di dua kerusi Parlimen di Pulau Pinang, lima di Perak, empat di Pahang, tiga di Selangor, dua di Wilayah Persekutuan, lima di Negeri Sembilan, tiga di Melaka dan 13 di Johor.
"Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya Pas untuk menang," katanya.
Kata beliau, seandainya pakatan pembangkang dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Dewan Rakyat, Pas akan kekal sebagai parti terkecil dalam pakatan itu manakala DAP pula menjadi parti paling berpengaruh dalam kerajaan menerusi proksinya dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melayu.
Berhubung analisis Kickdefella itu, blog Head Bomb (headbomb.blogspot.com) berkata, jelas bahawa DAP akan melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita untuk berkuasa di negara ini.
Katanya, parti itu yang sememangnya anti-Melayu dan Islam, kini mula menggerakkan jentera balaci dan kuda tunggangannya, Melayu Pas dan PKR untuk merealisasikan matlamat mereka.
Manakala Abu Ubaidi (abuubaidi.blogspot.com) pula membayangkan jika DAP mencapai kejayaan besar dalam PRU 13 menerusi perang proksi, kemungkinan sistem beraja pun akan dihapuskan.
"Mereka akan beri kekayaan dan kemewahan yang terlampau kepada raja-raja sehingga pada satu masa mereka akan mendesak rakyat supaya mengulingkan raja-raja Melayu," katanya
Bagi MyKMU (www.mykmu.net) pula, mereka menjangkakan pakatan pembangkang hanya tinggal dalam lipatan sejarah selepas PRU akan datang jika dilihat daripada beberapa faktor, termasuk sokongan rakyat yang kini dilihat kembali kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya, pemimpin pembangkang umpama menggali kubur mereka sendiri apabila terlampau ghairah menabur janji tanpa sebarang inisiatif untuk ditunaikan.
"Pakatan pembangkang dilihat melakukan satu tindakan yang amat merugikan apabila terlalu menumpukan usaha untuk merampas negeri Johor dari tangan BN.
"Ini kerana, rakyat di negeri-negeri naungan pakatan itu ketika ini masih terabai serta belum dijaga kebajikan mereka selepas tiga tahun di bawah pemerintahan mereka.
"Selain itu, isu-isu perkauman dan agama yang timbul telah menunjukkan kedudukan sebenar Pas dalam pakatan pembangkang. Pas ternyata tak mampu untuk meneutralkan isu apabila berlaku campur tangan dari DAP. Ini sekali gus membuktikan bahawa Pas hanya suara minoriti dalam gabungan tersebut," katanya.
Sebab itulah, katanya, sudah mula kedengaran desakan agar Pas berdiri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana ada di kalangan ahli parti itu sendiri tidak selesa apabila Pas dilabelkan sebagai kuda tunggangan DAP.
"Kesimpulannya, usaha-usaha keras yang dilakukan oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah mula dirasai oleh rakyat kebanyakan. Ini termasuklah penyokong-penyokong pembangkang. Semua ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sedang meniti hari-hari akhirnya sebelum PRU 13," katanya.
Sementara itu Jas Salleh dan blog Papa Gomo (www.papagomo.com) menyiarkan gambar wajah-wajah pemimpin tempatan baik dari BN dan juga pembangkang di bawah tajuk "Our Malaysian Jobs".
Jas (semaremas.blogspot.com) berkata, walaupun artikelnya menggunakan tajuk berbahasa Inggeris tetapi kandungannya tetap Melayu Islam.
"Inilah kelebihan orang Malaysia. Macam DAP, masa pujuk orang Melayu (mereka) cakap Melayu, masa kutuk orang Melayu cakap Inggeris, masa hina orang Melayu cakap Mandarin. Kuda Pas dan PKR yang dengar angguk- angguk, gelak-gelak, ketawa sampai nampak gigi kuning.
"Orang Melayu pula, masa memuji duk di depan, masa mengutuk duk di belakang... Di depan orang nampak baik dan alim serta warak sampaikan ulama tersohor pun kena tipu... di belakang tang ini sensitif, nanti masuk bab porno plak," katanya penuh sinis.

KOMEN : NAK KOMEN APA LAGI BETULLAH TU... SOKONG BRO...
1 comment:
PASRAEL DAH SAIN MATI DGN DEEAYYPIG BROO. YG PASTI AGENDA NAK JADIKAN MALAYSIA SEBUAH REPUBLIK DALAM PEMBIKINAN DAN PASRAEL DAH BERSEDIA BANTU DEEAYYPIG KE ARAH TU HUHUHUHU
Post a Comment