Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 5 December 2011

UiTM Sarawak johan Debat Piala Naib Canselor 2011


DARI UTUSAN MALAYSIA
2/12/2011




Sahol Hamid menyerahkan Piala Pusingan Piala Naib Canselor Debat 2011 kepada pendebat dari UiTM Sarawak di Dewan Sri Budiman, UiTM, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 1 Dis. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak muncul johan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2011 bagi kategori bahasa Melayu (BM) selepas berjaya menewaskan pasukan UiTM Shah Alam pada pusingan akhir yang berlangsung di Dewan Sri Budiman UiTM di sini, hari ini.

Kemenangan UiTM Sarawak yang berperanan mewakili pihak kerajaan itu diraih selepas usul tajuk perbahasan Teknologi Bioteknologi Dapat Mengatasi Krisis Kebuluran diterima panel hakim, sekali gus meletakkan UiTM Shah Alam selaku pembangkang di tempat kedua.

Bagi Kategori bahasa Inggeris, UiTM Kampus Bandaraya Melaka diumumkan juara dengan tajuk perbahasan This House believe all Malaysian University should provide smoking area for Student and Staff menewaskan UiTM Shah Alam Dua.

Juara bagi setiap kategori membawa pulang piala pusingan Naib Canselor serta piala iringan. Naib juara pula membawa pulang piala iringan.

Pertandingan Akhir Debat Piala Naib Canselor yang bertemakan Transformasi Minda Siswa merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kelab Debat Bahasa Melayu dan Inggeris UiTM.

Ia diadakan seiring dengan program memecahkan rekod Malaysia Book Of Records (MBR) Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti (Debat 211 Jam) di Anjung Sri Budiman UiTM.

Dua kategori dipertandingkan iaitu bagi kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Perdebatan bahasa Inggeris mengikut format Parlimen Britain dan bahasa Melayu mengikut perdebatan debat ala Parlimen Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said.

Sahol Hamid semasa berucap pada majlis itu berkata, pendedahan mengenai kesedaran transformasi minda kepada generasi muda perlu diperluaskan dalam usaha meningkatkan kematangan berfikiran mahasiswa dalam berhadapan dengan cabaran dunia pada masa depan.

Menurut beliau, sebagai generasi pelapis, mereka akan memikul tanggungjawab merancang dan melaksana pembangunan negara secara bijak dalam membantu pembangunan negara.

KOMEN : TAHNIAH BUAT UiTM SARAWAK.

No comments: