Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 13 December 2011

SIAPA TIRU SIAPA...?

Apa kelainan Negara Berkebajikan Pas?
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin melancarkan buku Negara Berkebajikan: Tawaran Pas di pekarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.

Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti berkenaan bersama-sama parti pembangkang lain sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Dalam buku itu, Pas memperincikan 10 agenda iaitu mewujudkan kerajaan beramanah, masyarakat penyayang, ekonomi mampan, pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan cekap, kebajikan langsung, keluarga harmoni, pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti dan pemeliharaan alam sekitar.

Buku itu merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi yang bertajuk Konsep Asas Negara Berkebajikan yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku berkenaan adalah susulan daripada ucapan dasar beliau dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-57, Jun lalu yang bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan'.

Sebelum ini, 10 agenda berkenaan telah digunakan semasa kempen pilihan raya umum 2008 dan inti pati itu turut dimasukkan ke dalam dokumen polisi pihak pembangkang yang dikenali sebagai Buku Jingga.

Bagi pembaca yang meneliti segala inti pati terbabit sudah pasti akan tertanya-tanya apa yang 'sangat istimewa' dengan konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh Pas kerana hampir keseluruhannya telah, sedang dan terus dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan yang dibuat oleh Abdul Hadi kelmarin bahawa konsep negara berkebajikan parti itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran secara tidak langsung memperakui bahawa segala apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN selama ini adalah selaras dengan ajaran Islam.

Jika Presiden Pas mendakwa kelainan konsep negara berkebajikan yang ditawarkan parti itu adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah, ia adalah tidak benar kerana langkah itu juga sudah dibuat oleh kerajaan BN.

Mengulas mengenai hakikat itu, pemerhati politik Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, apa yang dibuat oleh Pas itu sebenarnya hanya sebagai reaksi terhadap segala perubahan yang telah dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini mendapat sambutan hangat rakyat.

''Jika dikatakan kelainannya adalah untuk memperjuangkan hak rakyat, ia sudah pasti tidak benar kerana Najib sudah lama berjuang untuk matlamat sama menerusi gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

''Saya lihat terdapat juga cadangan untuk memberikan yuran pengajian percuma kepada anak-anak daripada keluarga miskin di luar bandar dan bandar yang telah pun dibuat oleh Najib," katanya yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, Terengganu.

Tambah beliau, dakwaan Abdul Hadi bahawa pentadbiran kerajaan sekarang berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' hanya merujuk kepada kelemahan dari segi pelaksanaan yang sudah disedari kerajaan BN dan sedang diperbaiki.

''Kita tidak boleh menjadikan hujah Presiden Pas ini sebagai alasan untuk menukar kerajaan kerana tiada jaminan perkara sama tidak berulang jika pembangkang memerintah kalau dilihat rekod buruk negeri-negeri yang dipimpin mereka sekarang," ujarnya.

Mengulas isu sama, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, perincian konsep negara berkebajikan oleh Pas kelmarin jelas memperlihatkan parti itu semakin terhakis pegangannya kepada prinsip menegakkan negara Islam yang berteraskan al-Quran dan bersendikan sunah nabi.

''Tiada lagi inferens kepada perlembagaan Madinah dan landasan al-Quran sebagai Perlembagaan negara dalam buku tersebut dan hudud yang suatu ketika dahulu menjadi jajaan Pas nampaknya sudah 'disunyikan' sebagai tanda akur kepada bantahan DAP,'' katanya.

Beliau yang merupakan bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata, 10 agenda yang diketengahkan itu bukanlah sesuatu yang baru atau inovatif yang layak mendapat penarafan alternatif kepada apa yang ditawarkan oleh kerajaan BN.

KOMEN : SEMUANYA TEMBERANG....

No comments: