NFC jangan bebankan UMNO - Syed Ali
DARI UTUSAN MALAYSIA
14/12/2011
KUALA LUMPUR 13 Dis. — Kontroversi melibatkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak wajar dibiarkan membebankan UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
Mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan UMNO dengan isu syarikat itu, beliau berkata sikap berdiam diri dan enggan tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog, boleh mengelirukan rakyat.
Katanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.
"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan UMNO, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana UMNO tiada kaitan dengannya.
"Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata UMNO bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.
Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.
Paling sedih, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang apabila dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.
"Mengapa pula UMNO, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita UMNO, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," katanya.
Beliau berkata itulah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.
Syed Ali mengulas desakan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap Mohamad Salleh agar lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.
Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.
Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu ini ialah Anggota Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan timbalan setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun. - BERNAMA

Hentikan tohmahan terhadap Shahrizat
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan segera tohmahan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dalam isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, seharusnya pemimpin BN tidak terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan media pembangkang kerana isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.
Katanya, Shahrizat tidak seharusnya menjadi 'mangsa kecaman' hanya kerana Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.
"NFC merupakan syarikat swasta yang tidak ada kena-mengena dengan diri Shahrizat dan kementerian yang diterajuinya. Malah, NFC mempunyai perancangan sendiri bagaimana untuk menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut.
"Justeru, kami yang juga mewakili gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keselamatan negara berasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang seolah-olah bertindak 'tikam belakang' dan mahu isu ini dihentikan segera kerana ia tidak adil kepada Shahrizat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

KOMEN : NAK KATA APA LAGI TUAN PUNYA BADAN TAK MAHU MENJAWAB... TAKAN UMNO NAK TANGGUNG JUGA?
No comments:
Post a Comment