Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 5 December 2011

Letak jawatan jika tiada jiwa Melayu


DARI UTUSAN MALAYSIA
3/12/2011


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Para pemimpin Melayu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berjiwa Melayu dan tidak menghargai keupayaan Melayu, diminta agar meninggalkan jawatan masing-masing demi kebaikan masyarakat tersebut.

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, tindakan berkenaan perlu bagi membolehkan kerajaan menempatkan individu Melayu lain yang lebih mempercayai bangsanya sendiri.

"Mereka yakni anak-anak Melayu yang memegang jawatan penting dalam GLC diingatkan supaya tidak menjadi kumpulan yang melupakan bangsa sendiri atau bak kata pepatah bagaikan kacang lupakan kulit," katanya ketika membahaskan usul ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Abdul Azim berkata, ini kerana tindakan mereka yang cuba mengubah sebarang keputusan kerajaan yang bertujuan bagi membela atau memberi peluang kepada kontraktor Melayu dan bumiputera di dalam sesuatu projek, boleh dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa sendiri.

Menurutnya, sikap tidak tahu menghargai keupayaan bangsa sendiri ini, tidak harus dibiarkan kerana ia akan menyumbangkan kepada kegagalan kerajaan melahirkan syarikat Melayu yang berjaya dan setanding dengan bangsa lain.

"Kelompok ini ibarat api dalam sekam yang sedikit demi sedikit mampu memusnahkan sebuah padang, begitulah juga dengan sikap individu berkenaan kerana ia boleh membantutkan usaha murni kerajaan dalam melahirkan usahawan Melayu yang berjaya," katanya.

Sewajarnya, menurutnya, semua peneraju GLC perlu memastikan syarikat-syarikat bumiputera yang diberi tanggungjawab melaksanakan projek mereka, diperuntukkan margin yang munasabah bagi meningkatkan ekonomi bumiputera.

Justeru, katanya, kerajaan diminta memastikan projek-projek mega seperti MRT dan Kuala Lumpur Islamic Financial Hub akan dapat memberi peluang kepada syarikat bumiputera tulen untuk turut terlibat.

"Kita tidak mahu menyaksikan hanya GLC sahaja mendapat bahagian sedangkan kontraktor-kontraktor bumiputera yang berlambak-lambak di negara ini hanya menjadi pemerhati," tambahnya.

Katanya, projek-projek mega tersebut tidak boleh diberikan kepada syarikat milik individu tertentu sahaja sedangkan banyak lagi syarikat milik bumiputera lain yang berkemampuan melaksanakannya.

Dalam pada itu, berikutan langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 baru-baru ini, beliau mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan bagi Kuala Lumpur diwujudkan kawasan-kawasan khas atau zon-zon bebas dari apa jua perhimpunan atau demonstrasi.

"Zon itu perlu supaya peniaga-peniaga tidak merasa tempias atau mengalami kerugian akibat perbuatan tidak bertamadun kumpulan yang kononnya mahu menegakkan demokrasi dan kebebasan bersuara," tegasnya.

KOMEN : SIAPA YANG TERMAKAN CILI TERASA PEDASNYA... DAH TERASA PEDAS TAK RETI NAK BERHENTI...? MALULAH...

No comments: