Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 5 December 2011

Tidak meminta, melobi


DARI UTUSAN MALAYSIA
3/12/2011




Mohd. Kamal Saidin

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Persoalan tentang winnable candidate terus mendapat perhatian para perwakilan apabila hari ini seorang wakil Kedah menggariskan ciri-ciri calon berkenaan mengikut pandangan Islam.

Mohd. Kamal Saidin yang mengambil kesempatan menyentuh perkara itu ketika tampil sebagai pencadang usul agama, pendidikan dan sosial berkata, pada pilihan raya umum lalu, UMNO mengalami kekalahan termasuk di Kedah akibat perbalahan dan perebutan jawatan.

Justeru, beliau menjelaskan, seseorang yang mahu menepati ciri-ciri sebagai calon boleh menang adalah mereka yang tidak meminta-minta dan melobi jawatan.

''Mereka tidak membeli jawatan dan apabila mendapat jawatan tahu beristighfar, yang bertanggungjawab, berkorban dan mempunyai sifat kasih sayang. Inilah winnable candidate," katanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mohd. Kamal menarik perhatian perwakilan dengan membawakan kisah dialog Nabi Muhammad SAW dengan Abdul Rahman Samurah iaitu ''Janganlah kamu meminta jawatan atau jabatan, kalau jawatan itu diperoleh kerana sebab kamu meminta maka tertanggunglah amanah dan tanggungjawab itu dibahu kamu.

''Kalau jawatan dan jabatan itu tidak diminta, maka Allah akan sentiasa membantu kamu."

Justeru, beliau mengajak ahli UMNO agar menumpukan kepada kerja-kerja untuk memenangkan parti sementara itu biarlah manusia membuat penilaian dan seterusnya Allah menentukan sama ada seseorang itu layak menjadi calon atau tidak.

Beliau mengingatkan juga bagaimana Khalifah Usman Al-Affan ketika ditemui Abdullah bin Sabak yang meminta jawatan selepas memeluk Islam menegaskan bahawa beliau hanya pelayan umat dan jawatan khalifah bukan satu penghormatan sebaliknya amanah.

''Sebab itu bagaimana kegemilangan Islam, kalau dulu UMNO kuat masa itu kerana kita lawan tolak jawatan, tetapi hari ini kita kalah kerana kita lawan rebut jawatan.

''Kalau ini yang berlaku dalam parti adakah kita dapat mengharapkan UMNO dapat membebaskan agama, bangsa dan negara serta dapat mengekalkan kuasa," katanya.

Oleh itu, beliau menyeru agar ahli-ahli UMNO kembali kepada pendekatan Islam iaitu jangan meletakkan kepentingan peribadi sebaliknya mementingkan agama, bangsa dan negara.

''Siapa mereka 'orang UMNO'? Apakah memadai sekadar ahli UMNO, penyokong UMNO sebenarnya kita hendak lahirkan pejuang-pejuang UMNO.

''Dia boleh jadi ahli sekadar hendak isi borang Tabung Usahawan Nasional (Tekun), sebagai syarat mendapat projek, ini yang kita bimbang apakah ini 'orang UMNO' yang dapat pertahankan perjuangan kita," katanya.

Dalam hal ini, Mohd. Kamal meminta 'orang UMNO' mengelakkan sengketa sesama mereka kerana sebelum ini faktor itulah yang menjadi punca kekalahan Barisan Nasional (BN).

''Kita kalah bukan kerana kuatnya pembangkang. Kedah hilang satu negeri sedangkan salah punca adalah perbalahan sama kita.

''Sebab itu kita merayu sesama kita, ke atas kamu untuk bersama jemaah (bersatu) sesungguhnya Allah bersama jemaah. Maknanya kalau kita berpecah, kita takut Balik Pulau, Bayan Lepas, UMNO terpelau (terlepas), Pas terlepas, akhirnya boleh kepada DAP, dia rampas,'' katanya.

KOMEN : SEDAR ATAU TIDAK, KEBANYAKAN BAKAL CALON WINNABLE DAN LOSER SUDAH MEMINTA DAN MELOBI... MP-MP YANG DAH MELEWATI ZAMAN SENJA PUN MASIH TERUS BERHARAP AKAN DICALONKAN. TAK RAMAI YANG MENAWARKAN DIRI UNTUK TIDAK DICALONKAN SEMULA... ? ADA?... ADA TAPI KURANG MENGALAKKAN... MASING-MASING MASIH BERGAYUT PADA JAWATAN YANG DIMENANGI DI PRU YANG LALU... SEPERTI BIASALAH AKAN ADA YANG MERAJUK KERANA DIGUGURKAN ATAU TIDAK DICALONKAN WALAUPUN BERHARAP SETENGAH MATI...

No comments: