|
|
PETALING JAYA 26 Dis. - Semenjak kerajaan negeri Selangor menamatkan perkhidmatan Alam Flora, keadaan di negeri itu dilihat semakin kotor berikutan kegagalan kontraktor yang dilantik melaksanakan tugas dengan berkesan.
Beberapa orang penghuni pangsapuri Desa Mentari, Seksyen 6 di sini mengakui longgokan sampah di setiap blok kawasan itu dipungut oleh pihak bertanggungjawab.
Kata mereka, kawasan perumahan itu kini tidak ubah seperti kawasan pelupusan sampah kerana selain timbunan sampah yang banyak, beberapa individu yang menyelongkar tong sampah di situ juga boleh dilihat saban hari.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, setiap rumah sampah di blok pangsapuri itu dipenuhi dengan sampah-sarap dan sampah itu turut bertaburan di atas jalan kerana tong sudah penuh.
Suri rumah, Shamsiah Karim, 53, berkata, kelibat individu yang menyelongkar tong sampah itu boleh dilihat hampir setiap waktu termasuk waktu malam.
"Mereka mencari barangan yang boleh dijual semula seperti botol, besi dan tin tetapi tindakan mereka itu menyebabkan sampah bertaburan di atas jalan.
"Mereka tidak pentingkan kebersihan dan tidak menghiraukan keselesaan penduduk, sebaliknya tumpuan utama ialah mencari barangan yang boleh mendatangkan duit," katanya.
Seorang peniaga, Nuriah Che Ahmad, 42, berkata, memang ada kontraktor yang mengutip sampah di kawasan itu tetapi mereka 'buat kerja seperti tidak ikhlas'.
"Sampah yang di dalam tong sahaja dikutip manakala yang bertaburan dibiarkan begitu sahaja. Keadaan ini menyebabkan kawasan ini sentiasa nampak kotor dan tidak terurus," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk dari Semenyih yang menghubungi Utusan Malaysia berkata, sampah di kawasan rumahnya sudah lebih seminggu tidak dikutip.
Dia yang mahu dikenali sebagai Suhaimi berkata, kawasan rumahnya kini berbau busuk berikutan terdapat sisa makanan bertaburan di sekitar rumah sampah rumah.
"Sepatutnya sampah dikutip tiga kali seminggu, bayangkan sekarang sudah seminggu tidak dikutip," katanya yang mendakwa keadaan itu tidak berlaku semasa era Alam Flora dahulu.
KOMEN : BUKAN PASAL SAMPAH AJE? BANYAK LAGI PERMASALAHAN RAKYAT YANG TIDAK DAPAT DIATASI, NAMUN PUAK PEMERINTAH DARI PEMBANGKANG INI TERUS MENIMBULKAN MASALAH BARU KEPADA RAKYAT DENGAN PROGRAM-PROGRAM YANG TIDAK MASUK AKAL... MASIHKAH LAGI KITA NAK SOKONG KERAJAAN YANG TIDAK MEMBELA NASIB RAKYAT...?
No comments:
Post a Comment