Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 21 December 2011

INI SEMUA SALAH PAS

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor sifatkan Mustafa bongkak, sombong
DARI UTUSAN MALAYSIA
21/12/2011


KUALA LUMPUR 20 Dis. - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali menegaskan bahawa Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan bongkak dan sombongnya telah menggunakan autoriti jawatannya secara melatah dan hilang arah hingga sanggup bermain dengan api fitnah.

Akibatnya beliau berkata, Mustafa telah meletakkan dirinya di paras yang rendah dari sudut kewibawaan serta kemampuan mengawal emosi.

''Saya telah dikatakan terperangkap dengan perangkap UMNO dan kenyataan yang saya buat sebelum ini juga dikatakan berkait rapat dengan agenda UMNO untuk melemahkan Pas.

''Mustafa Ali terus menyerang saya dengan nada yang agak personal yang mana beliau menimbulkan isu-isu yang tidak berkait dengan isu pokok antaranya ketidakhadiran saya dalam mesyuarat Pas Selangor,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Hasan meminta Mustafa menyatakan secara berfakta atas dua perkara;

''Pertama saya terperangkap dengan perangkap UMNO dan kedua saya terlingkung dalam agenda UMNO untuk melemahkan Pas.''

Dalam perkembangan berkaitan Hasan menyangkal tuduhan Mustafa yang menyatakan beliau terlibat dalam usaha untuk meyakinkan ahli dan penyokong Pas bahawa parti itu tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip dan nilai hidup berlandaskan Islam.

''Saya ingin tegaskan apa yang saya sedang lakukan adalah untuk mengukuh dan memperkuatkan Pas supaya Pas tidak dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.

''Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong Pas mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada Pas lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan,'' katanya lagi.

Hasan turut mengingatkan kepada Mustafa bahawa ahli dan penyokong Pas tidak naif dan tidak sedungu seperti yang disangkakan.

''Ahli dan penyokong Pas bukan seperti lembu yang dicucuk hidungnya. Mereka adalah insan-insan yang berbudaya, bertatasusila, beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir matang yang mesti dihormati.

''Perlu dinyatakan juga wakil Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menemui saya enam hari lalu telah memberi mesej pimpinan tertinggi dengan penuh kebijaksanaan serta memaparkan nilai akhlak yang tinggi.

''Begitu juga dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramahnya di Jeli baru-baru ini turut menggunakan pendekatan berhikmah dan yakin dengan kebijaksanaan saya untuk menyelesai masalah ini,'' ujarnya.

Berhubung kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar supaya beliau menyertai UMNO, Hasan berkata, ia merupakan kenyataan yang ditimbulkan oleh orang bankrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan mutakhir sesuatu isu.

''Di sini saya juga meminta pucuk pimpinan tertinggi supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib kerana beliaulah yang memulakan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti,'' katanya lagi.

KOMEN : KALAU ISU FITNAH SALAHKAN PAS, SEBAB AL QURAN PUN MEREKA FITNAH, INIKAN PULAK SESAMA MANUSIA...

No comments: