Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 7 December 2011

Mahkamah batal saman Mat Sabu terhadap Utusan


DARI UTUSAN MALAYSIA
7/12/2011




Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin (kanan) dan Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. untuk membatalkan saman Mohamad Sabu di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Saman Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk John Louis O’hara membuat keputusan tersebut ketika membenarkan permohonan yang difailkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan penerbit akhbar tersebut untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan Mohamad.

Ia ekoran daripada ketiadaan butir-butir yang mencukupi berhubung penerbitan yang didakwa berunsur fitnah bagi menyokong tuntutan saman itu.

Menurut hakim, tuntutan saman tersebut merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak disebabkan tiadanya kenyataan sokongan tersebut.

Mohamad selaku plaintif juga, ujar Hakim O’hara, perlu mengesahkan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya seperti yang diperlukan di bawah undang-undang.

Katanya, kenyataan sokongan itu merupakan satu keperluan serta membentuk prasyarat yang dikehendaki di bawah Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dalam writ saman fitnah.

Beliau yang menyifatkan tuntutan Mohamad sebagai remeh, menyusahkan, melampau dan menyalah gunakan proses mahkamah, menolak tuntutan itu dengan kos RM5,000.

Utusan Melayu dan Aziz yang diwakili dua peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd. Hafarizam Harun pada 27 Oktober lalu telah memfailkan permohonan membatalkan saman Mohamad terhadap mereka yang dinamakan sebagai pihak defendan.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad bagaimanapun tidak hadir ketika keputusan itu dibacakan.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 September lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah.

Penerbitan ketiga-tiga artikel terbabit adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Mohamad mendakwa, penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menggambarkan bahawa beliau penyokong pengganas komunis, telah terkeluar daripada ajaran Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera.

KOMEN : KALAU DAH SENDIRI YANG MENGELUARKAN KENYATAAN, KENAPA NAK SALAHKAN ORANG LAIN... DAH SENYAP DAH SI MAT SABU INI... MUNGKIN BELIAU TENGAH MENGARANG CERITA TEMBERANG SETERUSNYA...

No comments: