DARI UTUSAN MALAYSIA
13/12/2011
KLANG 12 Dis. - Pesara kerajaan menyifatkan individu dan kumpulan yang menyanggah dan mempersoal titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini sebagai kurang sopan.
Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr. Arshad Ayub berkata, para pesara turut kurang senang dan sedih kerana individu dan kumpulan tersebut sudah berani mengungkit hal berkaitan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh negeri dan kontrak sosial.
"Perkara ini masing-masing telah dipersetujui oleh semua kaum ketika negara mencapai kemerdekaan dahulu dan telah terbukti berjaya menyatupadukan semua kaum untuk hidup aman, damai dan maju.
"Tindak-tanduk dan tingkah laku kumpulan-kumpulan serta individu tersebut yang boleh dianggap kurang sopan, telah menimbulkan keresahan dan kemarahan, khususnya pesara-pesara yang telah mengorbankan masa mudanya memajukan negara dan negeri Selangor hingga ke tahap negara maju," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili pesara kerajaan pada Jamuan Teh Diraja sempena ulang tahun keputeraan Sultan Selangor ke-66 di Istana Alam Shah, di sini hari ini.
Menurut beliau, kumpulan dan individu tersebut yang rata-rata di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu berpendidikan tinggi dilihat tidak bersyukur dengan nikmat kejayaan yang diperoleh, malah tidak mengambil iktibar daripada kemusnahan negara lain yang disebabkan perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri.
"Mereka ini yang kononnya memperjuangkan prinsip-prinsip demokrasi, hak kebebasan bersuara dan kebebasan undang-undang. Di samping itu mengeksploitasi isu-isu tertentu yang sensitif bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan orang ramai bagi membenci raja-raja, Islam sebagai agama rasmi dan keistimewaan bagi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan fasal 153.
"Nampaknya mereka ini berteriak dan memekik di atas hak dan demokrasi tetapi telah terlupa langsung tentang tanggungjawab," katanya.
Katanya, pesara yang bermastautin di Shah Alam mestilah memperkukuhkan perpaduan dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah golongan pemecah-belah kerana melalui perpaduan terutama di kalangan orang Melayu adalah tunjang dan senjata paling ampuh menolak kumpulan dan individu tersebut.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh berkata, golongan pesara dalam masa yang sama melahirkan penghargaan serta perasaan berbesar hati di atas undangan dan berpeluang meraikan hari keputeraan baginda pada majlis tersebut.
Dalam ucapan tersebut, beliau mencadangkan agar pesara yang bermastautin di Shah Alam menubuhkan sebuah forum di bawah Persatuan Pesara Kerajaan, cawangan daerah Petaling sebagai nadi penggerak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membanteras pendapat yang boleh mengeliru dan memecahbelahkan rakyat.
Jelas beliau, ia bertujuan untuk berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman serta kepakaran dan menyelaras serta mempertingkat aktiviti terutama berkaitan penentangan anasir memecahbelah rakyat dan mencemar kedaulatan raja-raja.
Selain itu, katanya, pesara memainkan peranan sebagai jambatan yang mampu mengeratkan hubungan antara istana dengan rakyat terutamanya dalam menyebar dan menerangkan isu penting yang menimbulkan kekeliruan dan keluhan di hati rakyat.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh berkata, golongan pesara dalam masa yang sama melahirkan penghargaan serta perasaan berbesar hati di atas undangan dan berpeluang meraikan keputeraan baginda pada majlis tersebut.

KOMEN : TANYA PADA MEREKA APA SUMBANGAN MEREKA KEPADA NEGARA DARI DULU SAMPAI SEKARANG?.....
No comments:
Post a Comment