Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 23 December 2011

Tajamnya selekoh politik Melayu Islam

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
DARI UTUSAN MALAYSIA
23/12/2011



GELOMBANG sengketa politik dalam parti-parti yang mengatasnamakan Melayu dan Islam semakin berserabut apabila masing-masing berusaha mempamerkan wajah menawan agar para pengundi mudah tertarik.

Terbaru bagaimana dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam akhirnya berderau bulu roma bercakaran sesama sendiri kerana mempunyai niat tersembunyi untuk menyingkirkan seseorang atas alasan kurang popular sedangkan tokoh itu begitu komited memperjuangkan idealisme parti.

Bagaikan lempar batu sembunyi tangan. Dengan "memasarkan cadangan" tokoh itu dan ini bakal disingkirkan, akhirnya terjelmalah hakikat sebenar kenapa ia berlaku.

Ia ada kaitan kerana tokoh yang dijangka disingkirkan tidak begitu berminat untuk beralah, bagi mereka berjuang kerana agama adalah sesuatu yang amat besar berbanding mencari laba politik dan ikatan persahabatan yang tidak pernah tenteram.

Terbaru, dalam kegelisahan pelbagai komen, seorang pemimpin muda mendedahkan bahawa ura-ura penyingkiran yang dicadangkan adalah satu penghinaan besar dan tidak boleh dimaafkan. Maka, terpampanglah bahawa dari dalam parti itu tidak seia sekata, ada terjahan yang terpaksa dilakukan demi menyelamatkan sekelompok besar yang ingin mengekalkan kuasa.

Apabila menggelegak dengan masalah itu, maka terdengar pula usaha untuk mengembalikan idealisme perjuangan dengan mengatakan bahawa perjuangan parti itu adalah kerana Allah. Apakah benar dan ikhlas perjuangan politik yang mereka telah dan sedang laksanakan.

Ini jelas terbukti bahawa perpaduan yang merupakan matlamat dari ajaran Islam itu sendiri ditentang sewenang-wenangnya oleh pemimpin mereka dan begitu juga persahabatan dengan orang kafir yang memusuhi Islam itu dijadikan agenda utama perjuangan. Sehingga sanggup bertukar arah panduan asal dari menegakkan agama Islam kepada negara berkebajikan.

Ini antara bukti jelas yang menunjukkan perjuangan mereka itu bukan benar-benar ikhlas kerana Allah SWT dan Islam, malah inilah bukti bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan politik peribadi semata-mata yang perlu ditentang oleh seluruh umat Islam.

Sejak awal lagi ramai yang sangsi niat sebenar perjuangan "kerana Allah" atas alasan terlalu banyak pembohongan, manipulasi dan penafian yang telah dilaksanakan.

Dengan berbohong bahawa 'mereka sahajalah Islam' manakala orang lain 'bukan Islam' seolah-olah menyamai kekhususan politik dan ideologi yang cuba dilekatkan dalam pemikiran masyarakat.

Pada mereka, kerana setiap pertubuhan yang tidak menggunakan perkataan 'Islam' adalah membelakangkan Allah SWT, maka haluan yang sedang diteroka itu adalah 'tidak membawa ke syurga.'

Atas sandaran itulah juga sejak 30 tahun lalu parti pembangkang itu mengeluarkan fatwa tidak boleh berkawan dengan bukan Islam manakala berjuang untuk memerangi kuasa pemerintah adalah 'jihad' dan mati dalam perjuangan tersebut, ia adalah 'mati syahid'.

Fatwa sesat sembahyang tidak sah berimamkan bukan anggota parti itu disabitkan dengan satu desakan propaganda melulu, dan setelah 30 berlalu, beberapa hari lalu Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru sahaja menamatkan tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong kesal dengan apa yang berlaku di Terengganu. Masih ada sembahyang Jumaat dalam kelainan jemaah dalam masjid yang sama.

Umumnya masih belum lupa, sembahyang dua imam dalam satu sama di masjid yang sama begitu meluas berlaku di Terengganu dan Kelantan. Ia hampir reda untuk beberapa lama, tetapi dengan kekesalan Sultan Terengganu menyebabkan orang yang mengeluarkan fatwa itu tidak boleh tidur lena.

Bagaimanapun, sejak pertama kali fatwa itu dikeluarkan pada 1981, kesannya ramai jemaah muslim yang terpengaruh dengannya sehingga boleh menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat.

Gambaran ini jelas membuktikan bahawa sekelompok mereka yang teringin berkuasa sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai tujuan politiknya. Bagi membenarkan dakwaannya, mereka melabelkan parti lawannya sebagai kambing hitam bagi menutupi pembohongan yang dilakukan.

Umat Melayu-Islam di Malaysia berada dalam situasi malang kerana terpaksa berhadapan dengan politik kebencian, dendam kesumat, hasad dan kekaburan niat yang berselingkuh dalam keserakahan matlamat.

Politik Melayu-Islam terus bergelut dengan situasi memandu di selekoh yang tajam menuju gaung kehancuran, kemusnahan dan kehinaan. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud, "Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah (dan berpecah-belah); kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapai segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. Surah Al-Anfal ayat 46.

Penggunaan slogan tidak menuju kepada penyatuan dan perpaduan. Istilah taghut, jahiliyah, kafir dan pelbagai penghinaan menjadi kata-kata keramat yang menjumudkan minda telah membawa kepada konflik dan krisis ummah. Maka di situlah asas bermulanya politik penuh paradok.

Jika bukan Islam yang pura-pura berikan simpati kepada perjuangan mereka meskipun berlumpur niatnya, akan didokong sepenuh kekuatan tetapi apabila Melayu-Islam menentang kesilapan dokongan itu, maka akan diperhebatkan serangan sehingga menggalakkan amalan sembahyang hajat dan doa secara berjemaah untuk melaknatkan atau membutakan indera 'musuh-musuh'.

Natijah politiknya jelas. Menggunakan teknik pelabelan boleh membawa kesan sekurang-kurangnya mengalihkan persepsi. Apabila mempolitikkan pemberian wang bagi menampung perbelanjaan mempersiapkan belanja sekolah dan meringankan sedikit bebas ketua keluarga yang berpendapatan kurang RM 3,000 sebulan, nyatalah lawan mereka lebih terkedepan membudayakan kebajikan, sedangkan mereka masih mencari-cari apakah ikon kebajikan yang boleh dijelaskan kepada masyarakat.

Bayangan ngeri itu membawa kepada kekalutan diri sekelompok pemimpin, maka kekalutan itulah akhirnya menjerumuskan tarikan kepetualangan politik yang paling hina dalam sejarah.

Sebahagian penyokong terus percaya dengan satu petua sesat yang berbunyi, iaitu jika beralih haluan politik dengan sendirinya masuk dalam kelompok kafir, inilah ajaran sesat yang boleh menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam, batal perkahwinan dan sebagainya.

Islam bukan mainan politik dan ideologi yang boleh dijadikan bahan indoktrinasi, kerana Islam bukanlah ciptaan manusia ataupun kelompok ulamak yang memperdagangkan Islam atas kepentingan politik.

Islam adalah sebuah agama yang wajib dipertahankan secara total dan dijaga ketat untuk tidak memporak-perandakan kesempurnaan serta kesuciannya.

KOMEN : PAS OH PAS... NAK JADI APA?

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO...DLM PAS PUN ADE BAB KUDA MENGKUDAKAN ORG LAIN BROO..PAS NI BKN PARTI ISLAM PUN. NAMA JEK ISLAM TP MCM HARAMMM!..SAPE PANDAI JINAKKAN KUDA DIA LAH JD TUAN NYA! HUHUHUHU