DARI UTUSAN MALAYSIA
2/11/2011
Dewan yang diberi nama Dewan Taming Sari untuk kegunaan sebarang acara besar itu dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Sahol Hamid Abu Bakar, baru-baru ini.
Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, dewan baru itu yang mampu memuatkan 4,000 orang akan digunakan untuk penganjuran majlis besar fakulti dan konvokesyen.
Menurutnya, sebelum ini sebarang penganjuran besar dibuat di beberapa dewan kecil dan sering kali ia diadakan di luar kampus.
‘‘Hampir 27 tahun sejak penubuhan universiti ini pada 1984, warga UiTM menanti universiti itu dan kini segala usaha dan penantian sudah berakhir.
‘‘Penantian, usaha dan komitmen untuk memastikan pembinaan Dewan Taming Sari ini bukanlah perkara yang mudah, tetapi atas sokongan kuat Naib Canselor, maka Dewan Taming Sari berdiri dengan megah bagi manfaat bersama.
‘‘Dengan adanya dewan baru ini yang boleh mengisi 4,000 orang itu, setiap fakulti sudah boleh menganjurkan sebarang acara besar di dewan ini. Kita tidak perlu lagi menyewa di luar selepas ini,” katanya pada majlis perasmian yang dihadiri oleh kira-kira 6,000 pelajar termasuk pensyarah dan kakitangan UiTM cawangan Melaka.
Dewan tersebut dilengkapi pendingin hawa, gelanggang badminton, pentas, alat audio visual, lampu limpah untuk persembahan pentas dan beberapa kemudahan asas yang lain.
Mizan menegaskan, Dewan Taming Sari dibina khusus untuk kegunaan dalaman warga kampus dan tidak dibuka kepada orang awam.
No comments:
Post a Comment