Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 November 2011

Jangan putar-belit fakta – KPN


ISMAIL Omar (dua dari kiri) bercakap kepada seorang pegawainya sambil diperhatikan timbalannya, Datuk Seri Khaled Abu Bakar (kiri) di Maktab PDRM, Cheras, semalam. – UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Polis meminta orang ramai supaya tidak memutar-belitkan fakta mengenai penahanan 13 anggota kumpulan militan di Tawau, Sabah pada Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana penahanan mereka dibuat bagi menjaga keselamatan selepas mendapati, anggota kumpulan itu cuba menghidupkan semula aktiviti keganasan di negara ini.

“Kita telah menyiasat dan percaya ada di kalangan mereka yang ditangkap sama ada rakyat tempatan atau warga asing cuba menghidupkan aktiviti keganasan di negara ini.

“Tindakan menahan mereka itu di lakukan demi kepentingan negara supaya kegiatan militan dapat dibendung dan tidak merebak,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat khas kepada wakil-wakil kedutaan asing di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini, hari ini.

Beberapa pihak terutama pemimpin Pas mendakwa, penahanan 13 anggota kumpulan itu di bawah Sesyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menunjukkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempermainkan perasaan rakyat kerana sebelum ini kerajaan sudah memansuhkan ISA.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dalam kenyataannya semalam berkata, penangkapan terbaru membabitkan sekurang-kurangnya 10 orang di bawah ISA itu membuktikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan akta tersebut hanya ‘sandiwara’.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, beliau tiada masa untuk melayan tuduhan tidak berasas itu kerana sebagai Ketua Polis Negara (KPN), adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan negara.

“Sebagai KPN, saya sentiasa bertindak berdasarkan maklumat risikan yang sahih daripada anggota dan rakan-rakan keselamatan lain di luar negara.

“Penahanan 13 anggota militan ini bukan isu mainan dan saya bertindak mengikut undang-undang negara yang masih relevan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, 79 duta dan pesuruhjaya asing yang hadir dalam sesi taklimat hari ini, menyatakan berpuas hati dengan mutu perkhidmatan PDRM dan tahap keselamatan di negara ini.

Katanya, hasil maklum balas perwakilan asing itu, PDRM akan cuba meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di kaunter pertanyaan, mempercepatkan tempoh bertindak dan laporan siasatan kes.

“Contohnya, masa bertindak 10 minit di Kuala Lumpur sekarang dicadang disingkatkan kepada tiga minit, manakala tempoh siasatan dipendekkan kepada tiga atau empat hari daripada seminggu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, beliau kecewa dengan insiden kehilangan wang tunai berjumlah RM11,700 daripada simpanan seorang pegawai penyiasat kes samun melibatkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8 November lalu.

Katanya, kejadian yang berlaku dilihat berpunca akibat kelemahan manusia itu sendiri dan tindakan akan diambil jika terbukti pegawai terbabit gagal menyimpan barang kes tanpa mengikut prosedur.

Sementara itu, mengulas isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang didakwa menyalahgunakan dana syarikat itu sebanyak RM250 juta untuk membeli seunit kondominium mewah dengan harga RM9.8 juta, Ismail berkata, polis akan menyiasat laporan tersebut.

Katanya, laporan berhubung dakwaan penyelewengan itu diserahkan kepada pihaknya oleh Suruhanjaya SPRM semalam.

“Kita sudah terima laporan berhubung kes tersebut dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan akan melihat laporan itu.

“Saya bagaimanapun belum dimaklumkan secara terperinci mengenai laporan tersebut oleh pegawai saya kerana ia baru sahaja diterima daripada SPRM semalam,” katanya.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG NI SEMUA MEREKA NAK JADI... YANG PALING MEREKA SUKA SEKALI MENYOKONG PENJENAYAH YANG DITAHAN KONONNYA MEREKA ADALAH PERJUANG HAK ASASI MANUSIA... HAHAHAA... DALAM PARTI SENDIRI PUN KEBEBASAN BERSUARA TAK ADA SIBUK NAK PERJUANGKAN KEBEBASAN ORANG LAIN... MACAM KETUA PEMBANGKANG YANG MEREKA LANTIK WALAUPUN BERGELUMANG DENGAN MASALAH PERIBADI... JANGAN LAYAN?

No comments: