Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 10 November 2011

SEA GAMES - MALAYSIA 2 - THAILAND 1


Penangan cakar Harimau
DARI UTUSAN MALAYSIA
10/11/2011




Pemain Malaysia, Syahrul Azwari Ibrahim melakukan gaya akrobatik semasa merembat bola ke gawang Thailand dalam aksi Kumpulan A saingan bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 di Jakarta, semalam. Malaysia menang 2-1.

JAKARTA – Malaysia mengotakan janji apabila bangkit mempamerkan keupayaan sebenar dengan membenam ego Thailand 2-1 dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI di sini, semalam.

Pemain gantian Izzaq Faris Ramlan yang sebelum ini dilaporkan mengalami sakit perut, muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 di Stadium Gelora Bung Karno, di sini.

Bagaimanapun, Malaysia cemas untuk seri buat kali kedua apabila keseronokan jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 lenyap dengan jaringan penyamaan Natarid Udomlap pada minit ke-76.

Namun, percaturan jurulatih, Ong Kim Swee memasukkan Izzaq pada babak kedua berbaloi apabila pemain tinggi lampai itu berjaya mencuri ruang untuk meledak gol kemenangan negara.

Sementara itu, Kim Swee hanya mengeluarkan kata ringkas: ``Inilah perwatakan sebenar kami.’’

"Pada perlawanan ini, para pemain telah membuktikan perwatakan sebenar mereka. Mereka menunjukkan setakat mana kemampuan mereka, siapa sebenarnya mereka. Inilah kemampuan kami yang diterjemahkan menerusi permainan menarik di atas padang.

"Kami buktikan bahawa kami bukanlah pasukan yang beraksi secara bertahan tetapi penuh berkemampuan. Menyerang dan bertahan mengikut keadaan di atas padang.

"Malahan sepatutnya kami menang lebih besar ke atas Thailand. Memang banyak peluang gol yang berjaya dicipta tetapi ia gagal diterjemahkan sebagai jaringan," katanya selepas perlawanan.

Tambah Kim Swee, nasib yang menimpa Thailand sama seperti apa yang dialami pasukannya (Malaysia) menentang Singapura tempoh hari.

Dia turut memuji persembahan pemain berusia 17 tahun, Muhd. Nazmi Faiz di sepanjang perlawanan semalam. – Utusan

KOMEN : TAHNIAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN... PERJALANAN MASIH JAUH...

No comments: