DARI UTUSAN MALAYSIA
24/11/2011
SHAH ALAM 23 Nov. - Seramai 1,300 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta, maktab perguruan dan alumni pertubuhan belia akan berentap dalam program Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam di Anjung Sri Budiman, UiTM, Shah Alam, esok.
Program debat ala perbahasan di Parlimen secara berterusan selama sembilan hari sehingga 2 Disember ini bakal menyaksikan satu rekod baru tercatat dalam Malaysia Books of Records (MBR).
Sebelum ini penuntut UiTM mencipta rekod debat selama 100 jam, 10 minit dan 44 saat pada 2006.
Lebih 200 usul akan dikemukakan dalam Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam yang bertemakan Transformasi dan Perpaduan Bangsa.
Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, program tersebut mendapat sambutan hangat khususnya daripada mahasiswa UiTM sehingga ia menjadi topik perbualan dalam laman-laman sosial mereka.
"Ramai rakan khususnya pemimpin belia menelefon bertanyakan peluang dan ruang untuk mereka terlibat dalam debat ini. Seperti yang kita sedia maklum, debat ini bukan satu pertandingan sebaliknya satu kaedah untuk kita memartabatkan bahasa Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Program debat itu merupakan anjuran Impak UiTM, Yayasan Oreator bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pendidikan UiTM dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Ia dijadual dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Irmohizam yang juga Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkata, program debat itu bakal mencatatkan sejarah sekiranya dapat melepasi 211 jam.
"Ramai yang melihat debat ini adalah satu platform terbaik untuk mendapat pendedahan awal dalam pengucapan awam. Dalam debat tersebut semua pihak boleh memberi pandangan mengenai apa saja isu menyentuh transformasi dan perpaduan negara," katanya.
Sementara itu, rata-rata peserta debat berkenaan hari ini mengambil kesempatan mengadakan latihan terakhir sebelum berentap esok.
Penuntut Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UiTM, Siti Nazirah Yahaya, 24, bagaikan tidak sabar untuk menyertai program itu kerana ia peluang terbaik untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman berdebat di khalayak ramai.
Katanya, antara topik yang akan diperkatakan adalah mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) selain topik-topik berkaitan isu pendidikan.
Penuntut Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UiTM, Ahmad Rafizi Yussof, 27, yang juga pertama kali menyertai program debat berharap dapat meraikan kejayaan memecahkan rekod bersama rakan-rakannya nanti.

KOMEN : SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT BERJUANG...
No comments:
Post a Comment