Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 24 November 2011

ORANG MELAYU SELANGOR SANGGUP KE?


KEYAKINAN PEMBANGKANG DI SELANGOR
DARI UTUSAN MALAYSIA
24/11/2011



AKHBAR China Press bertarikh 21 November 2011 menyiarkan berita mengenai keyakinan pemimpin DAP bahawa pihak pembangkang boleh mengekalkan kuasa di Selangor pada PRU akan datang jika proses pilihan raya dijalankan secara adil.

Berita bertajuk ‘‘Pakatan Rakyat mahu kekal di negeri Selangor, perlu menang tiga kawasan hitam– Teresa Kok’' disiarkan dalam ruangan Dalam Negeri, halaman A13.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, jika pihak pembangkang mahu kekal memerintah di Selangor pada PRU akan datang, ia perlu menawan tiga kawasan hitam di negeri itu.

Beliau berkata, mengikut analisis yang dibuat terdapat 10 kawasan hitam, tujuh kawasan kelabu dan 10 kawasan putih yang berpihak kepada pembangkang di Selangor.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan DAP Selangor yang turut dihadiri Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan 286 perwakilan.

Selangor kini mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada PRU lalu, pihak pembangkang memenangi 36 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 20 kerusi.

Teresa Kok berkata, di kawasan hitam, undi yang akan diperoleh pihak pembangkang adalah antara 50 hingga 55 peratus, kawasan kelabu (55 hingga 60 peratus) dan kawasan putih (lebih 60 peratus).

Tambah beliau, jika PRU akan datang dilaksanakan secara telus dan bersih, sudah pasti pihak pembangkang akan dapat mempertahankan kuasa di Selangor.

‘‘Saya menyeru pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menerima segala cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi membolehkan semua parti dapat bersaing secara adil bagi merebut kerusi Parlimen dan DUN,” ujarnya.
KOMEN : ORANG MELAYU SELANGOR SANGGUP KE HIDUP BAWAH PEMERINTAHAN PUAK PEMBANGKANG LAGI 5 TAHUN... ? SUDAH-SUDAHLAH KASIHAN ANAK CUCU KITA NANTI DIHALAU MACAM PENDATANG...

No comments: