Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 9 November 2011

KEBEBASAN BERSUARA AMBIGA - SAMAN TV3


Ibrahim pertahan TV3, selar tindakan Ambiga
DARI UTUSAN MALAYSIA
9/11/2011



KUALA LUMPUR 8 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dan aktivis wanita, Maria Chin Abdullah yang mahu menyaman TV3 kerana mendakwa stesen televisyen itu melaporkan penganjuran program Seksualiti Merdeka sebagai festival seks bebas.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, apa yang dilaporkan stesen milik Media Prima Berhad itu adalah kemarahan orang ramai berhubung penganjuran program tersebut yang membincangkan isu 'songsang'.

"Orang ramai tidak menuduh mereka mengadakan festival seks bebas tetapi marah kerana menganjurkan program yang mempertahankan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, sekiranya bersimpati dengan golongan LGBT, pihak terbabit seharusnya mencari dana untuk membantu mereka.

"Tidak wajar membincangkan isu itu secara terbuka dan mempertahankan perbuatan mereka atas nama hak asasi manusia atau demokrasi," jelasnya.

Menurut Ibrahim, penggunaan perkataan 'Merdeka' juga merupakan satu taktik halus pihak terlibat untuk mengelirukan orang ramai.

"Mereka memberikan gambaran seolah-olah budaya LGBT tidak menyalahi moral, undang-undang dan agama.

"Sekarang mereka cuba hendak mengelirukan orang ramai dengan memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan penganjuran program itu," ujarnya.

Tegasnya, biar apa pun alasan yang diberikan mereka tidak perlu bertindak sedemikian, semata-mata untuk menegakkan benang yang basah.

KOMEN : BILA KENA TANG BATANG HIDUNG SENDIRI SIBUK NAK MENYAMAN... KALAU DIA DAN PUAK DIA KENAKAN ORANG LAIN SIBUK MENCANANG KEBEBASAN BERSUARA... APA PUN PROGRAM TU TETAP BERLAKU DAN SUDAH PUN BERLAKU...

No comments: