Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 2 November 2011

BILA MELAYU BERPECAH DAN LEMAH

Melayu diingat berhati-hati
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Masyarakat Melayu di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak terikut dengan dakyah sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang mahu melihat kaum majoriti itu terus berpecah demi kepentingan peribadi mereka.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan berkata, ini kerana perpecahan Melayu akan menggugat kestabilan negara dan turut memberi kesan tidak baik kepada kaum lain.

Katanya, beliau mempunyai maklumat mengenai kegiatan terancang pihak tertentu untuk memecahbelahkan Melayu serta bumiputera dan ia kini giat dilakukan.

"Terdapat pihak tertentu yang kini memecahbelahkan kaum Melayu dengan begitu halus melalui pertubuhan politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) demi mendapatkan sokongan kaum Cina, India serta lain-lain.

"Saya orang India dan saya amat menyayangi kaum saya namun dalam fabrik sosial negara kita, perpaduan Melayu adalah yang paling utama dan kaum-kaum lain akan dapat menumpang serta menyertai permuafakatan itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nallakaruppan yang juga bekas ahli pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, terdapat banyak pihak yang gemar mengambil kesempatan untuk terus memecahbelahkan Melayu apabila muncul sesuatu isu membabitkan kaum tersebut.

"Saya ingin mengingatkan agar tiada pihak cuba menangguk di air yang keruh setiap kali terdapat perpecahan Melayu kerana ia bukan sahaja merugikan kita semua, malah mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara," ujarnya.

Justeru, beliau meminta supaya rakyat di negara ini kembali kepada semangat kemerdekaan yang diasaskan oleh Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman ketika mengetuai UMNO dahulu.

Melalui kekuatan Tunku Abdul Rahman menyatupadukan orang Melayu dahulu, katanya, beliau turut berupaya mewujudkan kesepakatan tulen di antara kaum Cina, India dan lain-lain sehingga Tanah Melayumencapai kemerdekaan.

Sementara itu, Nallakaruppan dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Parlimen esok.

KOMEN : TAK PAYAH KOMEN BANYAK-BANYAK... DAH TAHU DAH DAJJALNYA...

No comments: