Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 8 November 2011

Sikap membisu PKR sesuatu yang ajaib – Ibrahim


DARI UTUSAN MALAYSIA
8/11/2011



KUALA LUMPUR 6 Nov. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih membisu tanpa sebarang pendirian berhubung isu program mempromosikan seks bebas Seksualiti Merdeka 2011.

Katanya, adalah merupakan sesuatu yang pelik dan ajaib bagi parti itu apabila mereka mengambil langkah berdiam diri terhadap isu berkenaan.

“PKR sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan berhubung pelbagai isu sehingga perkara yang bukan menjadi isu pun ‘dibisingkan’ oleh mereka.

“Namun, mengapa isu sebesar ini tidak diambil pusing oleh parti berkenaan?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sikap membisu PKR berhubung penganjuran program yang menjadi perhatian umum itu.

Tambah Ibrahim, tindakan PKR tersebut mencerminkan sikap sebenar mereka yang hipokrit dalam perjuangan.

Selain itu, Ibrahim menegaskan bahawa kenyataannya semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyifatkan program Seksualiti Merdeka 2011 cuba mempromosikan budaya ‘binatang’ dalam kalangan rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

“Saya bukan menyamakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ini sebagai binatang tetapi perbuatan mereka itu sebenarnya yang saya maksudkan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Abdullah Md. Yusof turut mempersoalkan tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

“Ini bukan soal politik tetapi kepentingan rakyat negara ini. Jangan hanya mahu berpolitik sepanjang masa tetapi senyap membisu apabila berhadapan dengan isu ini,” katanya.

Tambah Abdullah, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan UMNO berhubung perkara itu juga boleh dipertikaikan

“Semua pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menangani isu-isu sebegini dan bukannya saling tuding- menuding,” ujarnya.

KOMEN : NAK KOMEN ATAU CAKAP APA LAGI... DAH MEMANG MEREKA SOKONG 200% AKTIVITI GOLONGAN SONGSANG NI... TENTANG KENYATAAN NIK AZIZ YANG MENYALAHKAN UMNO/BN TU ANGGAPLAH ORANG TUA TU SEMAKIN NYANYUK... YANG BUAT HAL PENYOKONG PUAK DIA, UMNO/BN JUGA YANG DISALAHKAN... AKAL KAT MANA?

No comments: