Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 9 November 2011

Musang Berbulu Ayam II: Sejarah Melayu bakal berulang

Zaini Hassan
DARI UTUSAN MALAYSIA
9/11/2011


BAGUSLAH DAP mahu mengurangkan 1.2 juta kakitangan awam yang rata-rata orang Melayu kepada separuh sahaja.

DAP ialah parti sekongkolan Pas dan PKR. Ramai juga kakitangan awam Melayu yang memuja mereka. Bagi kakitangan awam Melayu itu, perkembangan tersebut bukan sesuatu yang merisaukan.

Sebelum ini saya ada mencuit mengenai kisah ‘musang berbulu ayam’ dalam sektor-sektor strategik kerajaan. Maka itu, tidak hairanlah sekiranya DAP mahu memasukkan bangsa lain pula ke dalam sektor perkhidmatan awam, kerana ia disokong penuh orang musang-musang itu.

Pada pilihan raya umum lalu, saya difahamkan ramai kakitangan awam kerajaan negeri yang kaki lawan kerajaan.

Mereka ini sanggup melawan kerajaan, walaupun kerajaan yang membayar gaji, elaun, bonus dan pelbagai imbuhan kepada mereka. Jika hati sudah benci, maka apa pun boleh jadi, termasuk memakan tangan tuan sendiri.

Ada yang memberitahu saya, pada ketika itu (PRU-12) rata-rata kakitangan kerajaan di bangunan SUK Selangor contohnya, yang menyokong dan menjadi pembangkang.

Sekarang saya tidak tahulah sama ada masih ramai yang menyokong DAP yang memimpin negeri itu?

Ketika mendengar cerita itu saya bertanya kepada diri sendiri, mengapa tindakan tidak diambil walaupun ada antara ketua-ketuanya mengetahui anak-anak buah mereka itu membawa bendera bulan, biji mata Anwar dan roket?

Namun, itulah perkhidmatan awam Malaysia. Mereka tidak peduli dengan anutan politik kakitangannya. Mereka take for granted bahawa semua kakitangan adalah pendokong setia kerajaan semasa.

Itulah satu baiknya kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka menganggap semua kakitangannya adalah penyokong mereka. Namun mereka silap. Ada juga kakitangan tingginya di peringkat atasan yang membawa bendera selain daripada dacing.

Banyak juga dosen-dosen (pensyarah) di institusi pengajian tinggi awam yang secara terang-terangan menyokong pembangkang. Sama ada mereka ini taksub habis kepada Anwar Ibrahim atau pun Nik Aziz. Ada juga yang taksub kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Semasa zaman Tun Mahathir dulu, pensyarah-pensyarah ini yang dikatakan golongan intelektual di menara gading rata-ratanya menentang kerajaan. Mahathir dituduh mereka sebagai MahaFiraun.

Namun, mereka ini terus naik pangkat menjadi profesor madya dan profesor penuh, ketua-ketua jawatan dan fakulti. (Perlu diingat gaji seorang profesor penuh, campur elaun di tangga gaji JUSA C yang terendah ialah sekitar RM15,000).

Itu pun kerajaan semasa tidak peduli. Kerajaan BN memang baik. Orang boleh menikam mereka sedikit demi sedikit, tapi tiada tindakan diambil. Sehinggalah kemuncaknya apabila kelakuan Profesor Dr. Aziz Bari terserlah, dan tikaman itu sudah mulai terasa parah sedikit (dan dibesar-besarkan pula oleh media) barulah semua orang mula kecoh. Sedangkan semua tahu siapa itu Aziz Bari selama bertahun-tahun?

Kerajaan semasa BN ini memang baik. Mereka tidak memilih bulu. Malah gaji kepada kakitangan perkhidmatan awam Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Adakah kerana kerajaan sudah terlalu selesa atau yakin?

Berbalik kepada kerajaan negeri pembangkang sekarang, mana-mana penjawat awam yang menyokong BN di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor kini terpaksa menikus. Kerana jika diketahui mereka ini menyokong atau secara terbuka memuji dacing, maka siaplah sama ada akan “dipetisejukkan” atau ditukar jauh-jauh atau tidak diberi apa-apa kerja.

Jadi setiap hari datang kerja macam orang bodoh, kerana tiada kerja yang boleh dibuat, atau tiada mesyuarat yang boleh dihadiri. Akhir sekali mereka ini akan bersara awal, atau cabut lari.

Sebaliknya, semasa negeri-negeri itu di bawah BN dulu, musang-musang itu bermaharajalela tanpa sebarang sekatan, kerana bukan menjadi polisi perkhidmatan awam untuk menghukum kakitangannya yang memegang bendera bulan mahupun biji mata Anwar, dan roket.

Maka itu, janganlah kita semua meloncat apabila Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua berani mengeluarkan kenyataan mengenai hasrat DAP mahu mengurangkan sejumlah penjawat awam sekiranya menang pilihan raya ke-13 kelak. Perlu disebut pada masa ini 90 peratus penjawat awam adalah orang Melayu.

Difahamkan di Pulau Pinang, sebuah lagi negeri naungan DAP selain Selangor, usaha mengecilkan kakitangan Melayu sudah mula dilakukan.

Pekerja Melayu tidak dibuang, tapi mana-mana yang bersara, pengambilan baru akan membabitkan bukan Melayu. PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) kini difahamkan, pun sudah melakukan eksesais pengambilan bukan Melayu, menggantikan kakitangan Melayu yang sudah bersara.

Timbalan Ketua Menteri Guan Eng, P. Ramasamy pernah berkata enam, tujuh bulan dulu bahawa Barisan telah meletakkan terlalu ramai penjawat awam Melayu dan sudah tiba masanya keadaan itu diperbetulkan.

Polisi kerajaan DAP Pulau Pinang adalah jelas. Sehinggakan bahasa Melayu yang didewa-dewa oleh orang Melayu pun sudah ditambah dengan tiga bahasa lain di papan-papan tanda dan nama-nama jalan, inikan pula kakitangan awam.

Bahasa Melayu bukan lagi bahasa mutlak, ia dicairkan dengan tulisan Cina, Tamil dan Inggeris. Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Guan Eng, Mansur Osman dengan bangga berdiri di bawah papan tanda baru itu semasa merasmikannya.

Oleh itu, jika DAP berjaya ke Putrajaya kelak, tidak salah sekiranya mereka mahu menukar itu dan ini. Ini adalah kerana orang Melayu sendiri telah memberi kebenaran kepada DAP untuk memerintah.

Bagi saya, saya tidak salahkan DAP. DAP adalah parti politik yang bijak. Menggunakan orang Melayu - Pas, PKR dan lain-lain Melayu – untuk kepentingan mereka adalah bijak.

Nampaknya, sejarah kejatuhan Melayu bakal berulang. Tapi sebagai orang Melayu yang menghuni lebih 60 peratus negara ini, saya tidak salahkan orang lain.

KOMEN : BUKAN BERBULU AJE, ADA YANG DAH JADI MACAM KHINZIR BERBULU HALUS, SEMUANYA NAK DISONDOL...

No comments: