DARI UTUSAN MALAYSIA
18/11/2011
SHAH ALAM 17 Nov. - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan sekalipun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.
"Kita (kerajaan negeri) tidak akan sertai (pembubaran DUN) jika kerajaan Pusat membubarkan Parlimen awal tahun depan untuk mengadakan pilihan raya umum.
"Kita masih dengan pendirian sebelum ini iaitu paling tidak empat tahun (mentadbir) sebelum bersedia mengadakan pilihan raya umum," katanya selepas selesai sesi penggulungan Bajet Selangor 2012 dan penangguhan sidang DUN Selangor di sini hari ini.
Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan membubarkan DUN dan menyertai PRU13 serentak dengan kerajaan Pusat sekiranya ia diadakan pada bulan Julai, Ogos atau September tahun depan.
Beliau menafikan keputusan itu dibuat kerana tidak yakin pakatan pembangkang akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, perkara itu tidak timbul kerana tujuan utama kerajaan negeri ialah mahu melaksanakan perkara yang dirancang terlebih dahulu.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Sultan Selangor mencampuri pentadbiran negeri apabila didakwa mengarahkan setiap wakil rakyat meluluskan pindaan undang-undang bagi meluaskan bidang kuasa berkaitan hal ehwal Islam di negeri ini, Julai lalu.
Dakwaan yang disiarkan menerusi laman portal berita http://www.freemalaysiatoday.com itu menyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan setiap ADUN Selangor meluluskan draf pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 pada sidang Dewan, 11 Julai lalu.
"Sultan Selangor tidak campur tangan dalam pengurusan kerajaan negeri. Sebagai ketua negeri dan Ketua Agama Islam negeri, baginda mahukan keharmonian di negeri ini meliputi seluruh rakyatnya.
"Baginda boleh memberi panduan, pandangan dan nasihat untuk manfaat seluruh rakyat di negeri ini," kata Abdul Khalid.

KOMEN : SUKA HATI KAULAH KHALID... LAGI LAMA TAK BUBAR LAGI BAGUS.. PERINTAHLAH SAMPAI KAU DICAMPAK DARI PEJABAT MB SELANGOR... MASIH ADAKAH ORANG MELAYU YANG MENYOKONG PEMBANGKANG NI....?...
No comments:
Post a Comment