Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 23 November 2011

PARLIMEN - Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman dibentang


DARI UTUSAN MALAYSIA
23/11/2011



KUALA LUMPUR 22 Nov. – Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang bermatlamat untuk membenarkan orang ramai berhimpun secara aman dan tanpa senjata dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ia dibentang serentak dengan rang undang-undang lain iaitu Akta Kanun Tatacara Jenayah (pindaan) 2010, Akta Keterangan (pindaan) 1950 serta Akta Polis (pindaan) 1967.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika membentangkan rang undang-undang tersebut bagaimanapun berkata, protes jalanan tidak dibenarkan.

Pada masa sama kata beliau, rang undang-undang tersebut tetap mensyaratkan permit polis perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum pihak penganjur boleh mengadakan perhimpunan.

“Matlamat akta ini adalah untuk memastikan selagi wajar berbuat demikian bahawa semua warganegara mempunyai hak untuk menganjur atau menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata.

“Namun, ia tertakluk kepada sekatan-sekatan yang didapati perlu atau sesuai dalam masyarakat demokrasi, demi kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam termasuk hak serta kebebasan orang lain,” katanya.

Antara kandungan penting dalam undang-undang yang dicadangkan itu ialah:

* Notis awal 30 hari perlu untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang ditetapkan oleh Menteri Dalam Negeri.

* Perhimpunan boleh diteruskan kecuali terdapat bantahan daripada polis yang mengambil kira maksud perhimpunan tersebut boleh menjejas ketenteraman awam jika dibenarkan.

* Pihak penganjur tidak boleh mengadakan perhimpunan dalam jarak 50 meter dari kawasan yang dilarang termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat dan jika ingkar denda sehingga RM20,000.

* Individu di bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan dan kanak-kanak di bawah 15 tahun pula tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan kecuali yang berkaitan dengan kebudayaan dan acara keagamaan.

* Polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana peserta jika perhimpunan berlangsung enggan atau tidak mematuhi syarat di bawah seksyen 15, antaranya membawa senjata dan membawa kanak-kanak.

* Polis boleh menggunakan segala kekerasan yang munasabah jika perhimpunan itu telah menjadi protes jalanan, mengembangkan perasaan jahat atau menimbulkan keganasan.

KOMEN : SETUJU SANGAT MENCEGAH SEBELUM PARAH... TAK PERLULAH NAK MEMBANGKANG PERKARA YANG BAIK DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT....

No comments: