Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 9 November 2011

APRC - Proton raih gelaran berganda


DARI KOSMO ONLINE


MCRAE yang memandu Proton Satria Neo S2000 mencatat kemenangan keempat pada APRC musim ini.

PROTON mengesahkan kejuaraan bagi kategori pemandu dan pengeluar pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) selepas pemandunya, Alister McRae memenangi Rali China semalam.

Kejayaan tersebut telah memberikan penamat yang sempurna kepada Proton tahun ini.

McRae memandu Proton Satria Neo S2000 mencatat kemenangan keempat musim ini selepas menewaskan cabaran pemandu Findland, Jari Ketoma yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution X.

Rakan sepasukan McRae, Chris Atkinson berada di tempat ketiga untuk mengesahkan kemenangan 1-2 bagi kategori pemandu APRC untuk pasukan Proton.

Dominasi Satria Neo S2000 sepanjang tahun juga menghadiahkan kejuaraan kepada Proton bagi kategori pengeluar dalam APRC di hadapan Mitsubishi (kedua) dan Subaru (ketiga).

Keputusan tersebut turut membolehkan Proton menjadi pengeluar kereta pertama yang memenangi kesemua lapan kejuaraan individu utama dalam perlumbaan APRC.

Ia termasuk juara keseluruhan pemandu APRC, juara pengeluar APRC, Trofi Pasukan APRC, juara pemandu Piala Asia, juara pemandu Piala Pasifik, juara pengeluar Piala Rali APRC bagi kategori pemanduan dua roda, juara pemandu Piala Rali APRC bagi kategori pemanduan dua roda dan juara pemandu Piala Remaja APRC.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, secara keseluruhannya, tahun ini merupakan tahun yang menakjubkan bagi Proton.

"Keputusan di China memberi kesimpulan kepada tahun yang mencabar, namun memberikan makna yang tersendiri bagi Proton.

"Sebagai pengeluar, kami komited untuk menjadi lebih baik dan ini bukan sahaja dalam pertandingan, tetapi juga sebagai pengeluar kenderaan untuk pasaran global," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam.

Tambahnya, sukan permotoran merupakan salah satu daripada strategi utama untuk mempertingkatkan jenama Proton, terutamanya dalam pasaran yang disertainya.

"Sukan permotoran turut menyuntik elemen keseronokan dalam jenama dan sesuatu model, selain menyediakan platform bagi membangunkan teknologi untuk diaplikasikan ke dalam model di atas jalan," katanya.

KOMEN : TAHNIAH

No comments: