Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 8 November 2011

PEREMPUAN MABUK SEGALANYA BOLEH..

Bertindak tegas, siasat dana asing
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pihak berkuasa wajar bertindak tegas ke atas penganjur Seksualiti Merdeka 2011 terutama bekas Presiden Majlis Peguam yang juga Pengerusi Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk S. Ambiga jika terbukti program tersebut bertentangan dengan undang-undang negara.

Pada masa sama Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan meminta pihak berkuasa menyiasat sumber kewangan untuk membiayai program tersebut sama ada ia ada kaitan dengan dana pertubuhan negara luar.

Beliau berkata, dua perkara yang dibangkitkannya itu tidak boleh dipandang ringan kerana jelas program Seksualiti Merdeka serta himpunan haram Bersih 2.0 merupakan agenda sistematik pihak terbabit untuk menjejaskan kestabilan, keamanan serta keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

‘‘Saya minta pihak berkuasa bersungguh-sungguh menyiasat perkara ini kerana apa yang dilakukan oleh Ambiga dan rakan-rakannya yang lain boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

‘‘Setakat hari ini mereka telah melakukan dua gerakan yang saya lihat amat berbahaya. Satu program ini (Seksualiti Merdeka 2011) dan kedua himpunan haram Bersih 2.0. Selepas ini kita tidak tahu apa lagi gerakan yang mahu mereka lakukan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ambiga dan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang menggerakkan usaha menganjurkan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bertujuan memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Ia mula diadakan sejak 1 November lalu dan dijadual berakhir pada 13 November ini.

Bagaimanapun program itu telah dihentikan atas arahan polis selepas ia mendapat bantahan daripada pelbagai pihak kerana jelas program berkenaan bertentangan dengan undang-undang negara serta fitrah manusia.

Maznah yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, secara peribadi beliau berpandangan Ambiga mahu menjadi juara dalam isu tersebut walaupun mengetahui Islam merupakan agama Persekutuan bagi Malaysia.

Ujarnya, sebagai seorang pengamal undang-undang dan pernah memegang jawatan Presiden Majlis Peguam, mustahil Ambiga tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai hubungan program berkenaan dengan penyaluran dana asing, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa ia boleh berlaku.

‘‘Atas sebab itu saya mahu pihak berkuasa jalankan siasatan secara terperinci. Jika terbukti benar, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi menghentikan `kemasukan’ bantuan kewangan tersebut.

‘‘Dipercayai perkara yang serupa juga berlaku ketika berlakunya himpunan haram Bersih baru-baru ini,’’ katanya lagi.

Dalam perkembangan sama beliau turut mengingatkan Ambiga dan 20 NGO terlibat supaya tidak menggerakkan usaha yang bertentangan dengan undang-undang dan fitrah manusia.

‘‘Suasana di Malaysia tidak sama dengan negara luar. Walaupun negara kita amalkan kebebasan atas konsep demokrasi tetapi ia masih tertakluk kepada batas yang ditentukan oleh agama, undang-undang, tatasusila dan adab budaya.

‘‘Justeru, sebarang usaha untuk mempromosikan seks bebas dan seks sejenis yang jelas bertentangan dengan agama Islam tidak akan dibenarkan berlaku di negara ini,’’ ujarnya.

KOMEN : KERANA TIADA TINDAKAN TEGAS DARI KERAJAAN, PEREMPUAN MABUK SEGALANYA BOLEH NI MASIH TERUS MEMPERTAHANKAN GOLONGAN SONGSANG DAN MEMPERSOALKAN SEGALA UNDANG2 YANG ADA DI MALAYSIA. APA YANG DIA TAK PUAS HATI NI?

No comments: