Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 3 November 2011

BALA BUAT KAKITANGAN AWAM

PEMBANGKANG AKAN KURANGKAN KAKITANGAN AWAM
DARI UTUSAN MALAYSIA
3/11/2011


AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 1 November 2011 melalui ruangan dalam negerinya melaporkan kenyataan Setiausaha Bahagian Penerangan DAP, Tony Pua Kiam Wee berkenaan rancangan mengurangkan bilangan kakitangan awam jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurut Tony Pua, jika pakatan pembangkang dapat memerintah Kerajaan Pusat, satu projek dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dikemukakan untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tambahnya, langkah itu mungkin akan menerima bantahan daripada kakitangan awam sendiri tetapi selepas memerintah, pembangkang tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan.

“Pada masa sama, mungkin pakatan pembangkang akan buat penambahan kakitangan awam tetapi perlu berkualiti tinggi dan memilih kakitangan awam yang mempunyai daya saing,” katanya.

Menurutnya, pakatan pembangkang akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua berhenti kerja dengan mengambil contoh negara China mengurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi.

Kakitangan awam yang diberhentikan akan mendapat pampasan separuh gaji supaya kerajaan dapat mengurangkan bebanan dan tanggungan kos membayar gaji kakitangan itu.

Tony Pua berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan Bajet 2012" yang dianjurkan oleh Pemuda DAP Johor.

Tony Pua juga memaklumkan kakitangan awam di negara ini kini berjumlah 1.3 juta orang dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Malaysia berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea di mana bilangan kakitangan awam mereka hanya dua peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

KOMEN : BELUM PERINTAH LAGI DAH NAK KACAU PERIUK NASI ORANG... MAJORITI ORANG MELAYU PULAK TU... SOKONGLAH PUAK HARAM NI LAGI...

No comments: