Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 24 November 2011

ANWAR JADI PM SEMUA FREE

PEMBANGKANG SASAR TAWAN EMPAT NEGERI?
DARI UTUSAN MALAYSIA
24/11/2011



AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 17 November 2011 menyiarkan berita mengenai sasaran pihak pembangkang untuk menawan empat negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Berita bertajuk ‘‘Pakatan Rakyat akan tawan empat negeri dan yakin di Johor akan terima kejutan – Anwar Ibrahim’' disiarkan dalam ruangan Negeri Johor pada halaman tiga.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak pembangkang berupaya menyatukan semua parti gabungannya bagi menawan empat negeri iaitu Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Beliau juga percaya kejayaan menawan Johor akan memberikan kejutan kepada semua pihak.

Anwar berkata demikian semasa memberi ucapan pada Majlis Makan Malam Perhimpunan Ribuan Orang di Batu Pahat, Johor.

Beliau yang tiba tepat pukul 10 malam disambut dengan sorakan daripada para hadirin yang turut melaungkan ungkapan ‘Reformasi’ berulang kali. Ramai juga yang berkerumun untuk bersalam dengan beliau dan mengambil gambar sebagai kenangan.

Jika pihak pembangkang memerintah, katanya, semua kontrak dan projek kerajaan akan dikaji semula.

Beliau turut berjanji, jika pihaknya dapat melangkah ke Putrajaya, tindakan pertama yang akan dilakukan adalah menurunkan harga minyak petrol dan elektrik, supaya seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada penurunan itu.

Anwar menegaskan, jika janji-janji itu gagal dikotanya, beliau tidak akan menjejakkan kaki lagi ke Johor.

Tambah beliau, selepas pihak pembangkang memerintah, pihaknya akan menyemak semula semua kontrak dan projek kerajaan, tidak kira kaum atau ahli perniagaan mana yang mendapatnya sama ada berpangkat Tan Sri atau Datuk. Semuanya akan mengikut undang-undang secara sama-rata dan bersaing secara adil.

Menurut beliau, tiada seorang pun ahli-ahli daripada pihak pembangkang akan mendapat walaupun seinci tanah atau boleh bersekongkol dengan ahli-ahli perniagaan jika ia dilakukan secara tidak sah. Semuanya perlu mengikut undang-undang dan peraturan.

Dalam pada itu, beliau mengejek pihak kerajaan kerana menghantar polis Cawangan Khas (SB) untuk mengawasinya setiap kali beliau berada di Johor.

‘‘Setiap kali saya merancang untuk datang ke Johor saya perlu melakukannya secara senyap-senyap. Saya ingin menjelaskan kepada pihak berkenaan bahawa dalam kocek saya tiada senjata api, sebaliknya hanya ada sebatang sikat,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada para hadirin.

Sementara itu, pada majlis sama Pengerusi PKR Johor yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng yang berucap sebelum kedatangan Anwar turut mengejutkan hadirin apabila berteriak “Boo Cheng Hau I love you, I love DAP, saya juga cintakan Pas.”

Sebelum ini, Cheng Hau yang merupakan Pengerusi DAP Johor dalam satu sidang akhbar menyatakan beliau telah bersengketa dengan Jui Meng dan parti itu juga mempunyai masalah dengan PKR.

Dalam ucapannya, Jui Meng berkata, jika pihak pembangkang tidak mendapat sokongan daripada 80 peratus kaum Cina, ia tidak akan dapat memerintah Kerajaan Pusat.

Peratusan itu telah meningkat berbanding anggaran sebelum ini bahawa pihak pembangkang memerlukan sokongan 70 peratus masyarakat Cina untuk memerintah.

Katanya, setiap tiket undi adalah sangat penting. Sehubungan itu, beliau menyeru generasi muda kaum Cina supaya mengambil bahagian secara agresif bagi mengawasi perjalanan proses PRU.

Menurut beliau, antara peranan yang boleh dimainkan oleh muda-mudi terbabit ialah untuk bertugas secara sukarela mengawasi peti-peti undi dan berperanan sebagai pengira kertas undi bagi memastikan tiada pihak yang cuba melakukan penipuan.

Sebelum itu, Cheng Hau dalam ucapannya langsung tidak menyentuh mengenai persengketaan antara pemimpin-pemimpin kedua-dua parti itu di Johor.

Beliau juga dilihat duduk semeja dengan Jui Meng dan kedua-dua mereka menunjukkan reaksi saling berbaik-baik antara satu sama lain.

KOMEN : JIKA JADI PM - HARGA MINYAK DAN LETRIK AKAN TURUN.. DAN JIKA GAGAL TUNAI JANJI TIDAK AKAN JEJAK KAKI KE NEGERI JOHOR... SEMUA ITU "JIKA" DAN "KALAU" - TAKAN ORANG MELAYU JOHOR NAK JADI MACAM ORANG MELAYU PENANG... ANWAR JANJI BULAN DAN BINTANG TAPI JANGAN HARAP DIA NAK TUNAIKAN. LIHAT AJE DI SELANGOR, JANJI ENTAH DIMANA...? NASIHAT KAMI ORANG JOHOR YANG TINGGAL DI SELANGOR... "ORANG JOHOR JANGAN UNDI PEMBANGKANGLAH... NANTI MENYESAL TAK SUDAH..."

No comments: