Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 3 November 2011

UiTM popularkan seni silat Melayu


DARI UTUSAN MALAYSIA
2/11/2011





PERSEMBAHAN menarik pendekar gayong sempena program Malam Pendekar di UiTM cawangan Pahang di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran, Pahang, baru-baru ini.

KUALA KRAU 1 Nov. – Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama mempopularkan semua jenis silat Melayu sebagai cara mengekalkan tradisi seni mempertahankan diri pada masa depan.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Muhammad Mokhtar Samat berkata, pihaknya memberi peluang kepada mahasiswa terbabit secara aktif kerana ia adalah satu warisan yang perlu dikekalkan dan dimiliki oleh orang Melayu.

Menurutnya, sebagai bukti komitmen itu, Program Malam Pendekar dianjurkan dalam mengetengahkan seni mempertahankan diri kepada generasi muda kampus itu.

“Usaha itu penting kerana semakin ramai melupakan asal-usul silat berikutan kecenderungan mereka mengagung-agungkan seni bela diri lain dan tidak berminat mempelajari silat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tegasnya, generasi muda perlu didedahkan tentang pentingnya mempelajari silat kerana ia berkaitan dengan warisan bangsa sejak berzaman dan dikagumi masyarakat dunia.

Dalam pada itu, Penasihat Persatuan Silat Gayong Malaysia UiTM Pahang, Nur Afzan Abu Kasim berkata, program tersebut bertujuan memperkenalkan keistimewaan silat kepada generasi muda.

Di samping itu, katanya, ia dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk mempertahankan warisan agar tidak pupus ditelan zaman..

“Program ini diadakan bertujuan mencungkil bakat baharu serta mencari pelapis dalam kategori Pencak Silat Seni Kreatif mewakili UiTM Pahang pada pertandingan silat di peringkat universiti,” jelasnya.

Katanya, apa yang dilakukan adalah melahirkan mahasiswa yang tinggi budi bahasa, bersopan-santun dan berketerampilan dalam semua situasi.

1 comment:

Unknown said...

Blog sdr telah di link kan dalam blog gurupencen.