Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 16 November 2011

PSC - ISUNYA APA? NO IDEA...?

PSC kecewa kurang dapat input menerusi dialog awam
DARI UTUSAN MALAYSIA
16/11/2011


KUALA LUMPUR 15 Nov. - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) kecewa dengan penglibatan sesetengah pihak dalam dialog awam minggu lalu yang tidak dapat memberikan sebarang idea sebaliknya mempertikaikan fungsi jawatankuasa itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, tujuan dialog itu adalah memberi peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk mengutarakan pandangan dan idea dalam memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

"Kita mahu mereka yang datang dapat memberikan input dan idea, bukannya mempertikaikan fungsi serta penubuhan PSC. Mereka datang tetapi tidak ada idea.

"NGO yang hendak menghadiri dialog itu mestilah NGO berdaftar. Kalau tidak berdaftar mereka boleh bercakap atas kapasiti secara peribadi," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Inovasi Kuala Lumpur (KLIF) 2011 di sini, hari ini.

Tambah Maximus, dialog seterusnya akan diadakan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Kota Kinabalu, Sabah pada 25 dan 26 November manakala bagi Sarawak di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 8 dan 9 Disember ini.

Selepas Borneo, dialog itu akan beralih kembali ke Semenanjung iaitu di Dewan Sri Pinang, Light Street, Pulau Pinang pada 15 dan 16 Disember serta di Bilik Gerakan Negeri, Kota Darulnaim, Kota Bahru, Kelantan pada 7 dan 8 Januari tahun depan.

Dialog terakhir akan berlangsung di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ismail, Johor Bahru pada 12 dan 13 Januari 2012.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat PSC di talian 03-26017489 dan 03-26017199 atau menerusi emel: jkpilihanraya@parlimen.gov.my.

Sementara itu, Maximus turut memberitahu, kerajaan akan meningkatkan bilangan penyelidik saintis dan jurutera (RSE) daripada 26 kepada 60 orang bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang 2020.

"Kita juga akan berusaha membawa pulang mereka yang bekerja di luar negara supaya kembali berkhidmat di negara ini dengan menawarkan pelbagai insentif," katanya.

KOMEN : MASA RUSUHAN BERSHIT HARI TU... KATANYA BANYAK SANGAT ISU PILIHANRAYA YANG DIBANGKITKAN... BILA DAH ADA PSC BOLEH KE MEREKA DATANG DENGAN FIKIRAN KOSONG CUMA SETAKAT NAK MEMBANGKANG RASIONAL DAN FUNGSI DISEBALIK PENUBUHAN PSC... ISU SEBENARNYA NO ISU LANGSUNG... KATA BODOH KARANG MARAH, PENAT-PENAT AJE BERDEMO LEBIH TEPAT MERUSUH... HASILNYA NO IDEA... SIAPA YANG KENA TIPU DAN SIAPA YANG NAK DITIPU... ORANG MATI PUN HIDUP BALIK APA KESUDAHAN KES TU?????? PEMIMPIN BERSHIT MEMANG PENIPU PUTAR ALAM....

No comments: