Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 23 November 2011

1,600 pendaftaran pelajar baru


IBU bapa menghantar anak-anak mendaftar sebagai pelajar baru untuk mengikuti Program Diploma di UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

ALOR GAJAH 22 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka muncul cawangan yang mencatat kemasukan penuntut baru paling ramai apabila 1,600 orang mendaftar untuk kemasukan sesi 2011/2012 minggu lalu.

Rektornya, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, jumlah tersebut adalah yang tertinggi berbanding cawangan-cawangan UiTM lain di seluruh negara yang turut menerima kemasukan penuntut baru.

Menurutnya, kemasukan penuntut baru di cawangan tersebut sepatutnya 1,200 orang, tetapi atas permintaan ia dibuka kepada tambahan 400 lagi penuntut.

"Ini adalah penghargaan tertinggi buat UiTM Cawangan Melaka kerana permintaan tinggi selain kita mampu menampung penuntut baru yang meningkat tahun ini.

"Ia memberi gambaran betapa UiTM yang teras kewujudannya sebagai institusi pendidikan awam bagi membangunkan anak bangsa kini berada pada tahap unggul," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 90 peratus penuntut baru itu adalah di bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Mizan berkata, mereka yang mengikuti MDAB diserap masuk ke dalam pelbagai program yang ditawarkan universiti itu.

Dari segi penginapan pula katanya, kesemua penuntut baru itu ditawarkan tempat tinggal di beberapa kolej kediaman di kampus itu.

Beliau berkata, jumlah penuntut yang mengikuti 15 pengajian di peringkat diploma adalah seramai 9,000 orang.

Menurutnya, UiTM cawangan Melaka menawarkan 15 program diploma antaranya Diploma Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Pentadbiran Awam, Seni Lukis dan Seni Reka, Pelancongan dan Komunikasi Pengajian Media.

Mahasiswa baru perlu teruskan kecemerlangan

KOTA SAMARAHAN 22 Nov. - Semua mahasiswa baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dilakar institusi itu.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajarnya, Prof. Madya Wan Akil Tuanku Abdullah berkata, ia kerana perkembangan pesat UiTM yang menawarkan pelbagai program melalui 25 fakulti menjadikannya sebagai hab pendidikan paling dipercayai di rantau Asia.

Katanya, kualiti juga perlu ditingkatkan supaya UiTM mampu melahirkan modal insan yang berdaya saing.

"Sesungguhnya orang Melayu dan bumiputera boleh terus menikmati pengajian berkualiti di UiTM yang diiktiraf oleh pelbagai badan profesional tempatan dan luar negara," katanya.

Beliau berucap demikian sewaktu merasmikan penutup Minggu Destinasi Siswa Sesi November 2011 membabitkan 1,064 mahasiswa baru di Dewan Jubli Perak UiTM Kampus Samarahan, di sini baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa UiTM bahawa mereka mempunyai peranan penting untuk mengukuhkan perpaduan selaras dengan aspirasi gagasan 1Malaysia.

Katanya, sahsiah diri turut perlu diberi tumpuan memandangkan majoriti daripada mahasiswa UiTM adalah beragama Islam.

"Bentuklah diri sebagai seorang Islam yang baik kerana perwatakan itu akan memberi gambaran sebenar Islam kepada masyarakat," katanya.

KOMEN : TAHNIAH PADA YANG BERJAYA DAN SELAMAT MENJADI WARGA UiTM...

No comments: