Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 17 November 2011

UBAH DI PERINGKAT NEGERI DAHULU


ISU-ISU AKHBAR CINA
DARI UTUSAN MALAYSIA
17/11/2011



AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 12 November 2011 menyiarkan artikel mengenai perlunya pihak pembangkang membuat perubahan di negeri diperintah mereka terlebih dahulu.

Artikel tulisan Penyelidik Institusi Media Malaysia, Chang Long Yan bertajuk Sibuk Mahu Buat Perubahan Besar Kenapa Tidak Buat Perubahan Kecil-Kecilan Dahulu disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuanlun, halaman A16.

Bekas Timbalan Presiden MCA yang kini Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dalam satu taklimat kepada pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina baru-baru ini memberi jaminan jika PKR mentadbir negara ini selama tiga tahun sahaja, akan ada banyak perubahan yang dilakukan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan mengubah keseluruhan Malaysia dan segalanya akan berubah menjadi baru di negara ini. Apakah buktinya? Dikatakan kerana Anwar ada kesanggupan dan keinginan mengubah negara ini.

Jika anda mengikut cara Jui Meng berfikir, secara logiknya bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Perdana Menteri yang lebih layak untuk membuat perubahan berkenaan.

Beliau bukan sahaja mempunyai kesanggupan dan keinginan untuk membuat perubahan, yang paling penting sekarang ini beliau memegang tampuk kuasa Kerajaan Pusat.

Anda semua boleh lihat walaupun Najib telah melaksanakan perubahan dalam keadaan aman dan sentosa, ia sebenarnya bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan.

Adakah Jui Meng boleh memberikan jaminan jika Anwar memimpin dalam masa tiga tahun, beliau boleh melaksanakan semua perubahan tersebut?

Cuba kita lihat dahulu Kelantan yang diperintah oleh Pas sejak berpuluh-puluh tahun, apa yang berubah? Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh pihak pembangkang lebih tiga tahun, ada apa yang berubah?

Daripada contoh-contoh ini, kita boleh katakan, Jui Meng sedang bermimpi. Sebaliknya jika mahu mengubah nasib negara ini menjadi semakin mundur, maka Anwar ialah calon yang paling tepat dipilih. Jika kita lihat dari sudut ini, mungkin kenyataan Jui Meng itu ada kebenarannya.

Mengikut pemikiran terkini, jika Anwar menjadi Perdana Menteri dikatakan keadaan Malaysia akan lebih baik dari sekarang.

Itu adalah pandangan Jui Meng dan ia juga mempunyai persamaan dengan pemikiran Anwar dan juga orang-orang Cina sekarang ini.

Ramai di kalangan orang Cina menganggap Anwar mempunyai pengaruh yang kuat. Jika mahu ubah negara ini, tiada calon lain yang layak selain daripada Anwar.

Pada hakikatnya, saya langsung tidak percaya kepada Anwar dan tidak yakin beliau akan berubah dan menjadi individu dengan perwatakan baru.

Terdapat juga janji jika pihak pembangkang memerintah Kerajaan Pusat, jawatan Perdana Menteri akan dihadkan tidak boleh melebihi 10 tahun.

Apa sebabnya? Mungkin mahu hindar penyelewengan kuasa ataupun rasuah jika seseorang Perdana Menteri itu lama berkuasa.

Dari segi pemikiran akal yang normal, orang seperti Anwar yang bukan mudah mahu mendapatkan jawatan pemimpin, adakah 10 tahun itu terlalu lama bagi beliau?

Selain itu, siapa boleh beri jaminan, apabila kuasa berada di tangan ahli-ahli politik dan jika tiada tekanan daripada luar, adakah mereka sanggup lepaskan kuasa itu begitu sahaja?

Selain itu, kita jangan lupa, negara berparlimen seperti Malaysia, jawatan Perdana Menteri adalah dipilih oleh parti pemerintah serta perlu mendapat persetujuan daripada parti-parti komponen mereka, baru boleh diangkat menjadi pemimpin.

Jika Anwar menjadi Perdana Menteri, selepas 10 tahun, DAP dan Pas menganggap beliau seorang pemimpin yang tidak boleh ditukar-ganti, adakah pada masa itu beliau sanggup meletakkan jawatan itu?

Jika benar Anwar mahu membuat perubahan, perlu diselesaikan isu depan mata terlebih dahulu. Pas adalah salah satu parti dalam gabungan pihak pembangkang yang telah memerintah puluhan tahun di Kelantan, selama ini tidak pernah dengar had tempoh jawatan Menteri Besar.

Selain itu, adakah Anwar telah memujuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat perakuan secara bertulis untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja atau tidak lebih daripada 10 tahun?

Seorang pemimpin politik yang benar-benar bertekad mahu membuat perubahan, tidak boleh bercakap sesuka-hati. Jika benar mahu membuat perubahan, ia perlu bermula dengan perubahan secara kecil-kecilan di negeri-negeri yang diperintah pihak pembangkang terlebih dahulu.

Saya tidak berani sebut perubahan yang macam mana dimahukan rakyat untuk menyokong pandangan saya ini, cuma saya hanya boleh menyatakan sesuatu perubahan perlu bermula daripada peringkat negeri, penyelewangan juga sebenarnya bermula daripada peringkat negeri juga.

Jika Anwar tidak dapat mempengaruhi supaya parti gabungan pihak pembangkang membuat perubahan di negeri-negeri yang diperintah mereka, anda sesekali jangan percaya apa yang Jui Meng sebutkan itu.

Anwar yang mahu menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dan Penasihat PKR sanggup mengorbankan kerusi Parlimen yang dimenangi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Semua orang masih ingat lagi dua tahun lalu, apabila Anwar mahu merampas kuasa Kerajaan Pusat pada 16 September. Tahun berikutnya, 16 September tiba dan pergi, yang tinggal hanya pembohongan Anwar.

Masa silih berganti, Anwar bukan seorang ahli politik yang boleh membawa perubahan. Ini sudah menjadi kenyataan yang benar.

KOMEN : BETULLAH TU...HAHAHAAA... NAK PERINTAH SEBUAH NEGERI PUN TAK TERLARAT NIKAN PULAK NAK MEMERINTAH SATU MALAYSIA...? KES DIRI SENDIRI PUN BERLAMBAK TAK DISELESAIKAN KONON NAK MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT... BANGUNLAH DARI MIMPI DISIANG HARI... NEGERI YANG MEREKA PERINTAH SEKARANG PUN DAH SEMAKIN MALAP DAN TAK TERURUS... BUKAN ANWAR AJE YANG AKU TAK PERCAYA.... SEMUA PEMIMPIN PUAK PEMBANGKANG NI AKU TAK PERCAYA.... BUKAN MEMBANGUN DALAM MASA 3 TAHUN MEREKA PERINTAH... TAPI HANCUR LEBUR DALAM MASA 3 BULAN... KALAU BERANI JADILAH PENGUNDI BODOH DENGAN MENGUNDI MEREKA KETAMPOK KUASA....

No comments: