Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 18 November 2011

Berbeza sama sekali - Proton


DARI UTUSAN MALAYSIA
18/11/2011





Inikah kereta model global yang bakal dikeluarkan Proton yang kini hangat diperkatakan.

KUALA LUMPUR 17 Nov. _ Selepas Proton mengumumkan pengeluaran model global menggunakan kod nama P3-21A Julai lalu di kilangnya di Tanjung Malim, Perak, gambar-gambar model yang dikatakan bakal menjadi taruhan syarikat pengeluar kereta mulai disiarkan di laman-laman web.

Seperti mana diumumkan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, P3-21A merupakan model terbaharu yang didatangkan dengan reka bentuk terkini dan bukannya sebagai model gantian untuk Proton Persona.

"Reka bentuknya berbeza sama sekali dan bukan menyerupai Persona seperti yang diperkatakan oleh orang ramai kerana ia merupakan sebuah kereta baharu," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kereta tersebut bukan sahaja diterima untuk pasaran tempatan atau kawasan serantau dan pasaran tertentu sahaja, sebaliknya ia akan diterima di mana-mana sahaja kerana kereta yang dihasilkannya itu memenuhi piawaian negara-negara maju di seluruh dunia.

Menurut sumber industri, P3-21A dijangka dilancarkan selepas Proton Exora versi Turbo yang sepatutnya dilancarkan Disember ini dan Saga FLX 1.6 liter tahun depan.

Namun disebabkan beberapa masalah teknikal Exora versi Turbo bakal berada di pasaran dalam suku pertama 2012 malah ada yang mengatakan model tersebut kini dalam proses penghantaran ke beberapa destinasi yang tidak diketahui bagi tujuan penyimpanan stok.

Bagi model P3-21A pula, kebanyakan laman web permotoran telah memuat naik beberapa bahagian tertentu untuk tujuan tontonan umum walaupun ia belum dipastikan sama ada model tersebut adalah P3-21A.

Dari apa yang diperhatikan, Utusan Malaysia difahamkan pemilik-pemilik laman web permotoran secara majoritinya seperti bersetuju bahawa ia adalah model terbaharu Proton.

Malah ada di antara laman web tersebut memberi perincian lengkap dengan mengatakan bahawa P3-21A merupakan evolusi atau mengambil kira elemen-elemen daripada model-model Proton sebelum ini antaranya, lekuk di tepi hud depan daripada Proton Exora dan Proton Waja.

Bentuk lampu depan dan kombinasi susunan lampu diilhamkan dari Proton Savvy dengan mengekalkan ciri-ciri mata harimau tetapi dengan tambahan lampu siang (DRL) dan bersambung dengan gril.

Ciri lain ialah flying grill yang melintang dengan logo yang besar yang diambil dari EMAS (Eco Mobility Advance Solution) - identiti baharu kereta Proton masa depan.

Selain itu, lekuk di tengah hud depan daripada Proton Satria Neo, lekuk di tengah gril juga daripada MAS dan masih membawa elemen gril wau bulan daripada model Proton Gen.2, Persona dan Satria Neo yang diolah dalam bentuk grafik tunggal.

Air Scoop pada bumper tengah diambil daripada EMAS dan Lotus Eterne di bahagian bawahnya, Wheel Arch daripada Satria Neo, lekuk di bahagian sisi daripada Exora dan cermin sisi daripada Proton Persona Elegance dan Saga FL/FLX.

KOMEN : CUN JUGA...

No comments: