Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 6 July 2011

YANG HARAM KENAPA NAK DILAYAN?


Kerajaan sedia bersemuka
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my



PUTRAJAYA 5 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia bertemu dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi membincangkan hasrat pihak berkenaan mengadakan perhimpunan di stadium berbanding di jalanan sebelum ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, keputusan Bersih membatalkan perhimpunan haram pada Sabtu ini adalah tepat kerana mampu mengelakkan kejadian yang boleh mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan negara.

''Kita bersedia berjumpa dengan pihak berkenaan supaya perhimpunan diadakan di stadium dengan syarat mereka pergi dengan aman, berhimpun dengan aman dan balik dengan aman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Urus Tadbir Agensi Inovasi Malaysia di pejabatnya di sini, hari ini.

Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk tidak mengadakan sebarang demonstrasi jalanan.

Ini kerana, tegas beliau, jika berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti tercetus huru-hara, kerosakan harta benda atau kecederaan membabitkan mana-mana individu dalam perhimpunan haram, pihak penganjur perlu dipertanggungjawabkan.

Ditanya bila beliau menemui Seri Paduka, Perdana Menteri menjawab: "Bila saya jumpa Agong dan sebagainya itu adalah hak saya, Perdana Menteri merupakan penasihat utama kepada Yang di-Pertuan Agong.''

Najib berharap, pihak penganjur perhimpunan Bersih akan menepati janji untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Menurut Perdana Menteri, demonstrasi jalanan boleh memudaratkan orang ramai, justeru beliau perlu mengambil berat tentang kepentingan awam dan mahu melindungi mereka daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Menjawab satu soalan mengenai tindakan ke atas mereka yang memakai kemeja T Bersih di stadium, beliau berkata, ia terpulang kepada pihak polis menentukannya.

KOMEN : HARAP KERAJAAN TIDAK MENUNJUKKAN SIKAP TUNDUK DAN BERLEMBUT KEPADA KUMPULAN HARAM (BERSIH) KERANA AGENDA YANG MEREKA BAWA TIDAK MEMBERI APA-APA KELEBIHAN KEPADA RAKYAT... YANG KITA NAMPAK IANYA BERSIFAT POLITIK UNTUK KEUNTUNGAN PEMIMPIN POLITIK TERTENTU... YANG HARAM TETAP HARAM...

No comments: