Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday 16 July 2011

WSJ - AGENDA JAHAT ASING


Wisma Putra tegur rencana pengarang Wall Street Journal



KUALA LUMPUR 15 Julai — Wisma Putra menegur akhbar antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) kerana menyiarkan rencana pengarang bertajuk Crackdown 2.0 in Malaysia, yang mendakwa para penunjuk perasaan menjadi mangsa 'ugutan dan penindasan' kerajaan selama beberapa minggu.

Dalam surat kepada akhbar itu yang berpejabat di New York, Wisma Putra menafikan tuduhan kononnya para penunjuk perasaan menjadi mangsa 'ugutan dan penindasan' oleh kerajaan menjelang perhimpunan haram berkenaan.

Dalam rencana pengarangnya bertarikh 12 Julai, WSJ menyifatkan cara perhimpunan pada 9 Julai itu ditangani menimbulkan 'suasana takut dan penindasan', manakala cara kerajaan memberi respons terhadap 'perhimpunan aman' pula adalah kasar.

Dalam suratnya yang disiarkan WSJ melalui ruangan Surat Kepada Pengarang, Wisma Putra menjelaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak di sisi Perlembagaan untuk berkumpul secara aman dan sepanjang tempoh menjelang berlangsungnya tunjuk perasaan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berusaha untuk mencari penyelesaian bagi membolehkan Bersih mengamalkan hak itu.

"Ini termasuk menawarkan penggunaan sebuah stadium yang mampu menampung ramai hadirin untuk membolehkan perhimpunan itu diadakan dengan selamat, tanpa mengganggu urusan kehidupan dan perniagaan rakyat Malaysia lain.

"Malangnya, penganjur tunjuk perasaan itu menolak tawaran tersebut dan sebaliknya menyeru penyokong mereka berkumpul di stadium lebih kecil, biar apapun terjadi, sedangkan hakikatnya ia tidak boleh didapati," kata Ahmad Rozian, Setiausaha Bahagian Penerangan, Kementerian Luar, dalam surat itu.

Dalam surat berkenaan juga, Wisma Putra menjelaskan bahawa polis terpaksa campur tangan untuk menyuraikan orang ramai apabila beribu-ribu orang cuba memasuki venue yang tidak sesuai kerana terletak di kawasan yang padat dengan penduduk dan kehadiran kumpulan minoriti penunjuk perasaan yang berniat menimbulkan kekacauan. - Bernama

"Para pegawai polis Malaysia sememangnya diharapkan mengekalkan standard tingkah laku profesional paling tinggi dan oleh itu, jika terdapat sebarang dakwaan bahawa mereka bertindak secara angkuh, siasatan menyeluruh akan jalankan.

"Bagaimanapun, menganggap kejadian pada 9 ulai itu menunjukkan bahawa Malaysia bukannya sebuah "negara demokrasi tulen" adalah tidak betul sama sekali. Seperti yang dapat dilihat dengan jelas prestasi hebat parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas, peti undi tetap merupakan kuasa paling kuat dalam politik Malaysia," kata Wisma Putra sebagai penutup suratnya.

Sementara itu, dalam ruangan berasingan hari ini, WSJ menyiarkan pembetulan bermaksud: "Kerajaan Malaysia telah menawarkan penggunaan Stadium Malawati kepada Bersih. Rencana pengarang bertarikh 12 Julai dengan tajuk "Crackdown 2.0 in Malaysia", menyebut Perdana Menteri Najib Razak telah menarik balik tawaran penggunaan sebuah stadium." - BERNAMA

KOMEN : SIAPA YANG DIUGUT DAN SIAPA YANG DITINDAS... BODOH BETUL BERITA YANG DARI NEGARA ASING NI... SUKA SANGAT MENJAGA TEPI KAIN ORANG... KAIN SENDIRI TERSELAK... ITU NEGARA ARAB YANG DIUGUT DAN DITINDAS LALU LANGSUNG DISERANG... APA CERITA... DEMOKRASI APA KALAU MENYERANG DAN MEMBUNUH RAKYAT NEGARA YANG MERDEKA?

No comments: