Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 8 July 2011

ANWAR MEMANG KAKI BELIT


Syed Ali bidas Anwar putar belit kenyataan PM




KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana sengaja memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penggunaan stadium sebagai lokasi perhimpunan Bersih, Sabtu ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Perdana Menteri tidak berjanji membenarkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka, sebaliknya kerajaan hanya mencadangkan penggunaan stadium bagi mengelak kejadian tidak diingini jika mereka berdemonstrasi di jalanan.

Oleh itu, katanya, penganjur perhimpunan itu dan pembangkang boleh memilih mana-mana stadium untuk mengadakan perhimpunan tersebut dan ia sewajarnya diadakan di negeri yang dikuasai pembangkang.

"Mengapa hanya Stadium Merdeka yang mereka tuntut? Ini menunjukkan Bersih ada agenda lain di sebalik perhimpunan tersebut.

"Jika niat Bersih adalah benar-benar 'bersih', sudah tentu tidak menjadi masalah besar kepada mereka jika perhimpunan tidak dapat permit polis itu diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor, negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri bertajuk 'Propaganda Bersih: Syed Ali desak KDN tarik permit akhbar propembangkang' di blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Semalam, Anwar berkata, pihak pembangkang berdiri teguh dengan Bersih yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menggesa Perdana Menteri supaya 'mematuhi janji' dengan menyediakan stadium kepada mereka.

Dalam perkembangan berasingan, Syed Ali menggesa Kementerian Dalam Negeri menarik balik permit penerbitan akhbar propembangkang yang terus memainkan propaganda tentang perhimpunan itu.

Kata beliau, tindakan tegas itu perlu bagi membendung penularan dakyah yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Katanya, jika pemilik pelbagai bentuk propaganda Bersih seperti kemeja T dan sepanduk boleh didakwa, maka akhbar propembangkang yang memainkan peranan sama juga perlu dikenakan tindakan kerana jelas menjadikan agenda Bersih sebagai berita utama dalam usaha mengajak rakyat menyertai perhimpunan itu.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga wajar mengambil tindakan terhadap media baru seperti portal berita antikerajaan yang didapati sengaja menyebarkan berita-berita dan maklumat sensitif termasuk menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Beliau kesal kerana SKMM dilihat mengambil masa terlalu lama untuk bertindak, sedangkan rungutan dan desakan orang ramai termasuk pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

KOMEN : SEJAK BILA ANWAR TIDAK PERNAH BERCAKAP BOHONG? DAH BANYAK PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN YANG TELAH ANWAR LAKUKAN DEMI MENGEJAR KUASA YANG SEMAKIN JAUH DARI GEMGAMANNYA. APA HAK PM NAK BERI STADIUM PADA PERHIMPUNAN HARAM... KUMPULAN HARAM YANG MACAM KOMUNIS DAN PERTUBUHAN HARAM YANG TIDAK MENDAFTAR.. WALAU APAPUN PERMIT POLIS DIPERLUKAN UNTUK PERHIMPUNAN HARAM ITU... MEMANG HARAMLAH PUAK PEMBANGKANG NI...

No comments: